alhamdulillah

bangga bila boleh buat orang tua kita bangga kan? alhamdulillah.syukur kepada Allah sebab walaupun banyak buat dosa,selalu balik rumah tidur masa PMR,selalu main game sebelum PMR..Allah masih bagi kejayaan ni dekat aku.




mula-mula cikgu panggil budak2 yang dapat 6a.takde nama aku.fuh,lega.lepas tu 7a > 8a > 9a .. masa ni baru mula berdebar..mak aku gelak je.cis.nama yang mula2 dia panggil Wan Nurul Izzati..*tepukan* kedua..Wan Nur Hidayah.*tepukan* mak aku dah risau..yang ketiga Anisa Hanis..aku ingat aku tak dpt kot.tapi puteri yang dduk depan aku sibuk cakap dekat yg lain..mesti mirah ni.mirah..haha..ye ye o je..alhamdulillah,lepas tu cikgu panggil nama aku..aku naik sekali dengan mak aku.mak aku kata dia nervous..haha.

lepas tu aku balik ke tempat duduk.Hanum and mak dia cakap tahniah dekat aku.lepas salam,aku nampak nisa nangis.lepas tu anum dan semua bdak2 pergi ambik result masing2..cikgu lak suruh yang cemerlang pi naik atas pentas ambik gambar..aku tertinggal je anum sebab sibuk call Fadhlin di kuantan dan Filzah di batu pahat.lepas ambik gambar,aku try cari hanum.tak jumpe.lepas tu aku tanye dorang.dorang kata anum dag balik.aku rasa bersalah gila.aku call dia tak dpt.sebab bila nak call je cikgu lalu.aku pun salam lah..


lepas tu aku g dekat ustazah rusyidah.salam.lepas tu ustazah suruh bayar hutang buku kkq(kemahiran quran).RM5.aku ingat aku dah bayar.tp ntah lah.halal je lah.lepas tu hanum mesej dia dapat 4a.aku tanye apa yg b,dia x jawab.lagi rase bersalah.mesti dia sedih.tp kan,okaylah dari org yg x dpt a langsung tu..lepas tu aku balik.dah lah naik motor je dengan mak aku.aku yang bawak.dengan baju kurungnye..ayah aku kerja.sian tak?sedih gila.haha
0

i need a doctor

ƪ(,“)ʃ aku tak ada semangat lah.nak post status dekat fb pun asyik delete je.sudahnye tak post pun.dekat twitter okay sikit lah.internet menganjing habis.lembab gila.main PS2 pun asyik game yang sama je.bosan.cerita dekat tv pun ketahian sungguh.sedihnya takde kawan nak mengadu.favourite friend ada tapi dia memang tak layan mesej waktu cuti-cuti ni.takde kredit lah handphone rosak lah.tertinggal handphone dalam bilik lah then tak balas sebab dah lama mesej tu.nampak macam takde kawan je aku ni kan.haha.okay sekian saja luahan hati.bukannya ada orang nak baca pun. (˘̩̩̩_˘̩̩̩ƪ)
 
0

Before I Die


i want to

















tetiba banyak lak keluar gambar dia :p


0

Terima kasih kepada Celcom


Sebenarnya terima kasih Allah.sebab masih benarkan aku hidup sampai malam ni.Celcom tu cuma sabitan untuk aku terus hidup.macam sabitan kemalangan untuk orang mati.hmm,tak faham?okay.aku citer dari mula.

semuanya hanya mimpi.dah dua kali sebenarnya aku mimpi mati ni.tapi tak sempat nak mati lah.kecewa?lempang kang..haa..

mimpi yang pertama : aku,mak dan kakak aku pergi ke satu rumah lama ni.rumah ni familiar lah.aku pun tak pasti rumah apa,tapi aku pernah nampak rumah ni.yelah.mimpi kan.apa2 pun boleh jadi.nak dipendekkan cerita akak aku mati.tapi dia seekor ular.pelik?sila diam. :p .tapi ular ni susah gila nak cari dalam rumah yang dah berumput rampai ni.dekat luar rumah pun sama.

tiba-tiba mak aku suruh cari buah mangga dekat rumput-rumput untuk makan.mak aku bagi aku mangga dah buruk.aku kupas kulit dia macam aku kupas kulit buah rambutan.gila punya mimpi.lepas tu aku nampak pokok mangga so,aku suruh mak aku ambik buah tu sebab aku tak sampai.sedangkan mak aku lagi rendah dari aku.

tiba-tiba lagi akak aku hidup dan kitorang dan mak lari lah dekat padang yang luas tu.aku pun jerit best nye lari dekat sini.then.aku terjatuh.akak aku lari ke arah bukit and panjat tinggalkan kitorang.aku pun ajak mak aku panjat sekali.tapi disebabkan tak sampai,kitorang naik ke bukit yang bertentangan.aku tolong mak aku naik sebab mak aku tak sampai,tapi lepas mak aku lepas aku yang tak lepas dan nak jatuh dalam sungai.tetiba je ade sungai dekat bawah.mana datang ntah.


aku kan nak jatuh.lepas tu akak aku sambut tangan aku dan aku pun daki lah tarahan bukit tu.then bunyi mesej dari celcom mengejutkan aku.dah tu apa sabitannya.mak aku cakap kalau aku tak sedar mungkin roh aku tak sempat masuk then aku pun..tapi Allah nak aku hapuskan dosa aku dulu..hmm

mimpi ke-2 : aku tak berapa ingat sebab aku bangun terkejut.so,yang lebih-lebih je yang aku ingat.depan-depan yang aku ingat aku dengan beberapa orang.tak ingat pula siapa.naik van pergi petronas.haha.kitorang nak g audition tau.pertandingan ape ntah yang pasti pertandingan tu macam race-race lah..dan kitorang ni semua sakit.bukan gila tapi sakit yang nak mati kalau takde ubat.



lepas tu aku ingat ada sorang laki ni kesian dekat aku.biasalah kalau pertandingan,mesti lawan habis-habisan.group dia boleh tahan jahat lah.tapi dia sorang baik.aku tanya leader bila game nak habis.leader kata pukul 12.aku cakap kata habis pukul 10?tak puas hati.aku cakap aku takut kita mati sebelum game habis.then ada sorang ahli group aku bagi ubat satu sorang.aku tanya lagi air mana?air ambik sendiri katanya.so,aku pun g dapur memandangkan tetiba je kitorang dalam rumah aku.masa nak ambik air lelaki tadi nak masuk juga.lepas tu aku tersedar sebab dah 2 kali ulat ape ntah masuk dalam hidung aku.kali pertama aku tak bangun.kali kedua hidung aku betul gatal.tak sempat mati..




panjang kan cerita..haha..k.caw cincau.
0

Aku Anak Kampung

eh.menyampah lagu tu.-_-''.bukan yang asal,tapi yang dengan one nation emcee.macam tu ke eja?tak kisah.apa-apa pun.aku dah cakap aku pergi muadzam kan?well,muadzam ni taklah kampung sangat.tapi taklah macam bandar jb kan.maaf.maaf.aku mengarnabkan kau lagi.keke.

aku rasa duduk luar bandar lagi okay kot.reason?sebab aku takkan kisah muka aku macam panda?beruang?.aku jua takkan kisah kalau aku pakai baju bundle.tak payah pakai dress berjela nak keluar makan.

kalau dekat bandar.kena pakai baju lawa.tudung lawa.ape?shawl?ha.mende tulah.aku kena tau semua cerita yang keluar dekat pawagam.aku kena makan makanan dekat restoren yang pakai sudu garfu dengan sopan santun.okay benci.

dan sebab tulah kalau boleh aku taknak sekolah dekat kuantan.itu bandar.orang kaya-kaya.bila diorang beli something yang best,mahal,cantik.kita pon nak.bila diorang selalu tunjuk yang diorang lawa.kita rasa rendah diri.so,untuk tinggikan diri kita pun ikut cara diorang dressing.dan dari situlah bermula kejutan budaya.kejutan elektrik dan segala jenis kejutan.



0

Ujian Kecenderungan MRSM

nak cerita ni.semalam pergi muadzam shah.bandar satelit tu.nak exam masuk MRSM.sebelum tu sibuk cari contoh soalan dekat internet.gelabah bila dapat tau soalan dia susah gila.macam ni.

Lautan kepada kolam adalah ibarat dalam kepada 
(a)cetek (b) sungai (c)perigi (d) tasik 

Bulatan kepada sfera adalah ibarat segi empat kepada
(a)bola (b)kon (c)kiub (d)silinder 

Stokin kepada kaki adalah ibarat topi kepada
(a) bandana (b) kepala (c) rambut (d) wajah






so? dapat jawab?haha.ni soalan melebih untuk test IQ.aku punyelah cuak habis semua soalan aku try jawab.tapi sebenarnya soalan dia bukan macam ni.tapi,macam biasa je.macam exam biasa.dahlah soalan math dia tak bagi formula.aku?ingat formula?math?oh tidak la kan..ujian dia berkomputer.habis lenguh satu badan jawab secara duduk selama 3 jam setengah.lepas tu pergi ambik kakak aku dekat kuantan pulak.tambah lagi 2 jam.lepas tu balik rompin.tambah lagi 2 jam.arnab dipersalahkan disitu.
0

Paranoid

Paranoid bukan period.bukan juga paradise.sila faham.menurut kamus dewan,paranoid bermaksud terlalu curiga,takut atau tidak percaya terhadap orang lain.

Macam ni,aku selalu sangat dengar orang cakap atau aku baca sendiri di fb atau twitter yang mengatakan bahawa orang yang cantik,handsome tak setia.mungkin benar sebab diorang tahu diorang hensem,jadi diorang boleh memiliki lebih dari satu.Ini lah yang dikatakan paranoid dari segi terlalu curiga.

Bagi aku,bukan semua orang cantik/hensem macam tu.macam perempuan bila dah putus mesti dia cakap lelaki semua sama.bukan semua lelaki sama.tapi kau yang selalu cari lelaki yang sama.jadi tak wajarlah nak menilai semua orang macam tu.aku ada kawan yang cantik,tapi dia tak pernah bercinta.suka dekat orang tu biasalah.lumrah manusia.tapi sebab kami masih belajar,masing-masing boleh berfikir.kalau tak mampu handle cinta dan pelajaran.lepaskan salah satu.






0

Telur Tembelang Pecah

Al-kisah suatu hari aku kelaparan lalu berazam untuk masak maggi kari bersama telur.Aku pun tanya lah mak aku ada lagi tak telur.mak aku kata ada sebiji.aku pun bergegaslah ke dapur untuk mengalas perut yang tak pernah kenyang.

Lepas menggelegak maggi tu,aku pun pecahkan telur tu.aku perasan bila jari aku termasuk kat dlm telur,warna telur tu kuning oren.aku tak kisah sebab aku geli,jadi aku terus masukkan telur kat dalam maggi.bila dah masuk..apa lagi..maggi kari aku bertukar kaler menjadi tompokan hitam.haha.can you imagine that?aku jerit panggil mak aku.

nyesal tak pecahkan dalam mangkuk dulu


mak:jangan buang dalam tong sampah!pergi buang dekat luar
aku:*gelabah habis sampai terlanggar pintu*


di akhir cerita.aku redho.mungkin rezeki kucing blakang rumah tu dapat makan maggi kari aku.tergeleng-geleng kepala kucing-kucing tersebut lepas makan maggi yang panas tu.kelaparan mungkin.
0

Aku Yang Baru

Aku rasa aku patut berubah.Al maklumlah tahun depan dah Form 4 kan.Harus ada sedikit kematangan disitu.mungkin dah takde mirah yang jiwang.takde mirah yang gila lagi.mungkin semua tu akan berubah..mungkin..

Sejak bila aku rasa macam ni?Al kisah di pagi hari pukul 7.30 pg.aku dengan kawan-kawan jogging dekat pantai.diorang bawak aku ke satu tempat yang aku tak pernah pergi walau dengan family aku pun.hujung pantai.ada satu takungan air or tasik or whatever lah yang sewaktu dengannya.kalau belajar geografi mungkin dipanggil lagun ke tombolo aku tak tahu.lepas jogging dorang berborak depan air tu.aku rasa tenang dan nyaman.mungkin sebab aku dah lama tak pergi pantai.

Balik je dari pantai aku fikir aku banyak bazirkan masa dengan tidur dan makan.Aku rindu masa kecik2 aku dulu yang banyak aku habiskan dengan camping belakang rumah,masak maggi bawah pokok ceri sampai daun dan segala semut-semut masuk dalam maggi aku.haha.bila aku main galah panjangdengan jejiran yg pelbagai bangsa.seronok sangat.

Baru tadi aku baca surat-surat dan kad-kad raya yang member-member aku bagi.aku tengok balik gambar-gambar diorang zaman dulu.aku postkan dekat fb bagi member aku tengok.aku harap diorang pun rasa macam yang aku rasa.aku rindu diorang sangat-sangat.

Sebab tulah aku nak ubah hidup yang aku rasa bosan ni.hidup kita tak panjang,cuma sekali je seumur hidup.Aku baru sedar aku rindu sangat nak jadi macam dulu.Jadi orang yang tak pernah takut dengan apa yang aku akan hadapi esok.jadi orang yang tak malu dengan diri sendiri.jadi apa yang aku nak.yang penting aku jadi diri sendiri.

p/s:memandangkan aku takde shoutbox,sape yang nak aku follow blog korang balik cari aku dekat fb/twitter.aku lebih aktif di sana.thank you.

0

oleh kerana

oleh kerana shoutbox tak lagi free .

sebab itulah ku sudah tiada shoutbox .

oleh kerana ku tiada idea .

sebab itulah blog ku kosong .
0

L for Love L for Lies




cerita ni dipendekkan dari ceritanya yang sebenar . nama2 yang ditulis tiada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia . ceeewaaahh . and citer ni sad ending . semua watak tertipu and lastly tak dapat apa2 .



Ah Bo kapel dengan Ah Jun . kwn baik Ah Bo , Kei Kei singgah kedai Bo dengan balak dia . Satu hari , Kei Kei datang ke kedai Bo sambil mabuk. sambil tuu . dia kate dia dah break up dengan balak dia . pastu Bo suruh Jun hantar Kei Kei balik . Kei Kei saje je trap Jun yg bodoh dengan goda2 dia . bertape berbelitnya ayat aku . Bo kenal dengan conman bernama Ah Keung/henry masa boss Bo belanja dia and kwnnye makan . Lepas tu heboh pasal citer boss dia bunuh diri sebab duit dia kene songlap dgn Keung.henry . Bo ikut Keung/henry and bayar dia untuk scam kei kei . Mula2 Keung tolong  , dia menunjuk dekat depan jun and Kei kei yang dorang ni couple yg sooo sweet . Kei kei jeles and dia ajak Keung/henry buat bisnes jual dessert .

at the same time , Bo ade lagi satu kawan name dia Ah Man . Man queen control . bf dia , Ah Fung bengang ngan sikap dia and terjumpe awex lain , Ah Min . Min ade balak gak .tapi balak dia bz smpai xde mase dgn dia. then diorang buat contract yang diorang ni back up lover je . jumpa senyap2 . satu hari fung gaduh dgn man sebab man tukar p/w laptop dia. dia dah tak sanggup dengan perangai dia dan mintak putus . fung jumpa min . tapi min kate dia dah nak kawin dgn balak dia .

Kei kei pulak dah tau yang keun/henry ni tipu dia je . dia bgtau yg dia kenal keung/henry sbb keung/henry tipu cousin dia , tiffany . dia takkan call polis kalau keung/henry janji nak double cross bo . keung cuak and terima cadangan kei kei dgn bayaran 20 ribu dia lah kot . pastu bo datang rumah keung/henry hantar sup . mase tu kei kei pun datang . dia duk rapat dgn keung and acting yang diorang ni dah kapel . bo marah kei kei . dia tak paham asal kei kei ni asyik nak curi semua mende yang dia ade . mula2 bf dia pastu kedai dia , sekarang keung/henry pulak . bo nak bunuh kei kei dengan pisau tapi kene mrh pulak dengan keung/henry . kei kei syok and suruh keung/henry buat lagi . tapi nampaknye hero dah tangkap cintan .

fung balik pada man . man nangis smbil ckp dia rindukan fung . dia dah banyak berubah . dia nak kapel balik dgn fung walaupun dia tau mase dia kapel ngan fung dulu , fung main kayu 3 dgn dia . tapi fung kate dia akan dapat orang yang lagi layak dari dia . man pon terus menangis . haha

kei kei break up dgn jun . dia bukak restoran baru . dia curi semua peralatan memasak dengan stock dia and pekerja2 sekali . bo dtg tolong . dia suruh ayah dia beli buah baru . nak buat dessert . pinjam kuali mak dia . pastu pekerja diorang dtg balik and ckp yg kei kei x dtg majlis pelancaran kedai dia sebab kene kejar dgn ah long . bo bagi diorang kerja kat situ balik . jun kate ade org bagi smpul surat dekat bo . bo tengok and ade cincin yang keung/henry beli mase scam makcik kat kedai cincin .

anak murid keung/henry citer yg dia dah scam balik si kei kei . keung/henry suruh budak tu bertaubat . haha . keung/henry usha bo dari jauh . pastu dia balik/henry cari dia . tapi mase keung/henry nak balik ke kedai , ade pulak org2 yg bermusuh dgn abg dia belasah dia . patahkan tangan . unluckily , kepala keung/henry terhentak kat dinding yg ade paku .. wooo... sakit! dia berusaha berjalan balik ke kedai bo . tapi bo x nmpak dia . sbb jun suruh dia balik . keung/henry mati di tempat kejadian .


man ajak bo jumpa . dia nak kenalkan bo pd pakwe baru dia , bo pulak nak bgtau yang dia akan nikah dgn jun . mase kat kedai . bo ckp , mesti pakwe man seorang yg bersih , kemas, tinggi , pakai cermin mata . and bile lelaki tu sampai . rupa-rupanya pakwe baru man adalah tunang bo. man dgn bo teringat diorang pernah berbual yg diorang takkan bercinta dgn org yg same sbb taste diorang lain2 . tapi apakah yg terjadi ?org yg aku rase paling jahat ialah ah jun .

ending : tak semestinya org yg jahat tu akan selamanya jahat , dan org yg muka suci tu baik . kalau dia dah syg kat kita , dia mesti sanggup berubah . dan bagi perempuan , jgn terlalu percaye pada semua orang mcm ah bo . kan dah kene tipu buat kali ke-4 kot ... and lastly , aku tertanye - tanye , kenape semua watak depan dia name Ah ? adik beradik ke hape ?and gambar ah ju x dpt dicari .

WATCH THE FULL MOVIE OF L FOR LOVE L FOR LIES HERE
Back to Top