0

Aku Anak Kampung

eh.menyampah lagu tu.-_-''.bukan yang asal,tapi yang dengan one nation emcee.macam tu ke eja?tak kisah.apa-apa pun.aku dah cakap aku pergi muadzam kan?well,muadzam ni taklah kampung sangat.tapi taklah macam bandar jb kan.maaf.maaf.aku mengarnabkan kau lagi.keke.

aku rasa duduk luar bandar lagi okay kot.reason?sebab aku takkan kisah muka aku macam panda?beruang?.aku jua takkan kisah kalau aku pakai baju bundle.tak payah pakai dress berjela nak keluar makan.

kalau dekat bandar.kena pakai baju lawa.tudung lawa.ape?shawl?ha.mende tulah.aku kena tau semua cerita yang keluar dekat pawagam.aku kena makan makanan dekat restoren yang pakai sudu garfu dengan sopan santun.okay benci.

dan sebab tulah kalau boleh aku taknak sekolah dekat kuantan.itu bandar.orang kaya-kaya.bila diorang beli something yang best,mahal,cantik.kita pon nak.bila diorang selalu tunjuk yang diorang lawa.kita rasa rendah diri.so,untuk tinggikan diri kita pun ikut cara diorang dressing.dan dari situlah bermula kejutan budaya.kejutan elektrik dan segala jenis kejutan.



0

Ujian Kecenderungan MRSM

nak cerita ni.semalam pergi muadzam shah.bandar satelit tu.nak exam masuk MRSM.sebelum tu sibuk cari contoh soalan dekat internet.gelabah bila dapat tau soalan dia susah gila.macam ni.

Lautan kepada kolam adalah ibarat dalam kepada 
(a)cetek (b) sungai (c)perigi (d) tasik 

Bulatan kepada sfera adalah ibarat segi empat kepada
(a)bola (b)kon (c)kiub (d)silinder 

Stokin kepada kaki adalah ibarat topi kepada
(a) bandana (b) kepala (c) rambut (d) wajah






so? dapat jawab?haha.ni soalan melebih untuk test IQ.aku punyelah cuak habis semua soalan aku try jawab.tapi sebenarnya soalan dia bukan macam ni.tapi,macam biasa je.macam exam biasa.dahlah soalan math dia tak bagi formula.aku?ingat formula?math?oh tidak la kan..ujian dia berkomputer.habis lenguh satu badan jawab secara duduk selama 3 jam setengah.lepas tu pergi ambik kakak aku dekat kuantan pulak.tambah lagi 2 jam.lepas tu balik rompin.tambah lagi 2 jam.arnab dipersalahkan disitu.
0

Paranoid

Paranoid bukan period.bukan juga paradise.sila faham.menurut kamus dewan,paranoid bermaksud terlalu curiga,takut atau tidak percaya terhadap orang lain.

Macam ni,aku selalu sangat dengar orang cakap atau aku baca sendiri di fb atau twitter yang mengatakan bahawa orang yang cantik,handsome tak setia.mungkin benar sebab diorang tahu diorang hensem,jadi diorang boleh memiliki lebih dari satu.Ini lah yang dikatakan paranoid dari segi terlalu curiga.

Bagi aku,bukan semua orang cantik/hensem macam tu.macam perempuan bila dah putus mesti dia cakap lelaki semua sama.bukan semua lelaki sama.tapi kau yang selalu cari lelaki yang sama.jadi tak wajarlah nak menilai semua orang macam tu.aku ada kawan yang cantik,tapi dia tak pernah bercinta.suka dekat orang tu biasalah.lumrah manusia.tapi sebab kami masih belajar,masing-masing boleh berfikir.kalau tak mampu handle cinta dan pelajaran.lepaskan salah satu.






0

Telur Tembelang Pecah

Al-kisah suatu hari aku kelaparan lalu berazam untuk masak maggi kari bersama telur.Aku pun tanya lah mak aku ada lagi tak telur.mak aku kata ada sebiji.aku pun bergegaslah ke dapur untuk mengalas perut yang tak pernah kenyang.

Lepas menggelegak maggi tu,aku pun pecahkan telur tu.aku perasan bila jari aku termasuk kat dlm telur,warna telur tu kuning oren.aku tak kisah sebab aku geli,jadi aku terus masukkan telur kat dalam maggi.bila dah masuk..apa lagi..maggi kari aku bertukar kaler menjadi tompokan hitam.haha.can you imagine that?aku jerit panggil mak aku.

nyesal tak pecahkan dalam mangkuk dulu


mak:jangan buang dalam tong sampah!pergi buang dekat luar
aku:*gelabah habis sampai terlanggar pintu*


di akhir cerita.aku redho.mungkin rezeki kucing blakang rumah tu dapat makan maggi kari aku.tergeleng-geleng kepala kucing-kucing tersebut lepas makan maggi yang panas tu.kelaparan mungkin.
0

Aku Yang Baru

Aku rasa aku patut berubah.Al maklumlah tahun depan dah Form 4 kan.Harus ada sedikit kematangan disitu.mungkin dah takde mirah yang jiwang.takde mirah yang gila lagi.mungkin semua tu akan berubah..mungkin..

Sejak bila aku rasa macam ni?Al kisah di pagi hari pukul 7.30 pg.aku dengan kawan-kawan jogging dekat pantai.diorang bawak aku ke satu tempat yang aku tak pernah pergi walau dengan family aku pun.hujung pantai.ada satu takungan air or tasik or whatever lah yang sewaktu dengannya.kalau belajar geografi mungkin dipanggil lagun ke tombolo aku tak tahu.lepas jogging dorang berborak depan air tu.aku rasa tenang dan nyaman.mungkin sebab aku dah lama tak pergi pantai.

Balik je dari pantai aku fikir aku banyak bazirkan masa dengan tidur dan makan.Aku rindu masa kecik2 aku dulu yang banyak aku habiskan dengan camping belakang rumah,masak maggi bawah pokok ceri sampai daun dan segala semut-semut masuk dalam maggi aku.haha.bila aku main galah panjangdengan jejiran yg pelbagai bangsa.seronok sangat.

Baru tadi aku baca surat-surat dan kad-kad raya yang member-member aku bagi.aku tengok balik gambar-gambar diorang zaman dulu.aku postkan dekat fb bagi member aku tengok.aku harap diorang pun rasa macam yang aku rasa.aku rindu diorang sangat-sangat.

Sebab tulah aku nak ubah hidup yang aku rasa bosan ni.hidup kita tak panjang,cuma sekali je seumur hidup.Aku baru sedar aku rindu sangat nak jadi macam dulu.Jadi orang yang tak pernah takut dengan apa yang aku akan hadapi esok.jadi orang yang tak malu dengan diri sendiri.jadi apa yang aku nak.yang penting aku jadi diri sendiri.

p/s:memandangkan aku takde shoutbox,sape yang nak aku follow blog korang balik cari aku dekat fb/twitter.aku lebih aktif di sana.thank you.

Back to Top