Translate

budak sains mengubah bunga?

By Naja - 10:56 PTG

duduk termenung rusa di paya,
melihat si belang menjahit butang,
hairan sungguh hati saya,
melihat jaguh mengkaji bintang.

awan dan bulan berbual-bual,
memuji diri menaruh bangga,
hati di dalam soal-menyoal,
pabila professor mengubah bunga.

tak semestinya atlet tu tak pandai sains dan tak semestinya budak yang ambik aliran sains tu tak berkebolehan dalam bidang rekaaan kan?

bukan nak bagi motivasi nye pun.saje nak kaitkan dengan citer mase buat eksperimen haritu.haa...nampak?jauh u-turn.ape-ape pun,dengan naluri pemangsa aku ni aku dapat rasakan aku dapat markah kesian je dari cikgu bio.asyik2 Tang si budak cina tu yang betul.asyik-asyik dia.asyik-asyik dia.*meroyan hentak2 kaki berdarah gusi*

boleh pulak dia dapat mikroskop yang power tinggi and yang latest punye tu.kitorang dapat yang standard lama yang kalernye dah menguning bak padi yang memasak di sawah.padi memasak?maafkan saya.tolong jangan gitau pengetua.

dahlah berebut mikroskop sampai gaduh member ku hawa.eh?tak..tak..nama dia bukan hawa.dah cikgu nak siapkan masa tu jugak.mikroskop yang boleh gune ada 2 je.sila jeles dengan kemudahan sekolah kitorang ye.*libas rambut*

patutnya ini bentuk sel bawang

then,boleh pulak sel bawang kitorang tu mandi buih dekat dalam slaid kaca tu.bengang tul aku.dahlah busuk tangan bau bawang.dah berapa kali pi kupas bawang nak ambil epidermis dia tu.leceh betul.berbalik kepada bubbles tadi.kena marah dengan cikgu sebab biarkan sel tu mandi buih tak ajak dia.cis.lepastu kumpulan lain lak melakukan rampasan kuasa ke atas mikroskop kitorang.keje lambat dengan sel pipi tak observe lagi sebab duk sibuk gunting sel bagi kecik lah,letak iodin lah.sumpah rasa nak telan je bawang tu depan cikgu.

last2 lepas group Tang siap lukis sel dia yang lawa tu.aku terus letak sel bawang group aku.JELAS PULAK DAH SEL TU DEKAT MIKROSKOP TERSEBUT.nampak?mikroskop dia power kuat sikit.dekat mikroskop kitorang asyik nampak bulat2 macam air sedangkan sel bawang petak2.eeii.*gaya gedik*Tang jugak dapat markah bonus.

satu lagi,nak gitau yang kawan aku dah TERretakkan satu slaid kaca bila sibuk ketuk2 dengan jarum tenggek utk keluarkan bubbles tu.aku lak nak tarik keluar kaca tu sampai terus pecah.apalagi,seludup buang masa cikgu sibuk tolong group lain.*mata menjuling keatas*nasib baik slaid tu banyak.taklah kena ganti kan.fuh.fuh.*tiup karipap panas*

kelas tambahan:berguru kepalang ajar,tak tau belajar.*buat tak tau bila tak ingat peribahasa yang sepatutnya*

  • Share:

You Might Also Like

0 Virus