2

LELAKI MELAYU BANGSAT

[AMARAN:entri ini terlalu ekstrim dengan konten biologi tingkatan 4 dan carut.maki.CAPSLOCK.emoji.I rated it as PG]

mengundang kan.tajuk yang penuh konspirasi dan kontroversi.aku nak minta maaf dulu awal-awal. XD.

sebagai seorang lepasan sekolah melayu-melayu bangsat.aku tak terlepas dari gejala pembulian.perempuan dengan buli perasaannya dan lelaki dengan buli fizikal nya.

kisah pertama:bukan salah mak aku mengandung dan melahirkan aku dengan nama NOR AMIRAH NAJIHAH BINTI HAMZAH.dekat sekolah asal mereka panggil aku mirah.konon saja nak tukar angin suruh mereka panggil aku jihah dekat sekolah baru.pun bukan salah mak aku duduk asrama biasalah ada nama singkatan.dan mereka mula panggil aku Gee.

aku tak tahu mungkin nama tu menyebabkan ultraman kalah atau spongebob mula ada six pack kotak-kotak.bagaikan diriku tapak sulaiman...budak lelaki mula memperkotak-katikkan nama aku.kau pernah dengar cowboy jerit dengan tali bulatnya?macam tulah diorang panggil aku setiap kali nampak aku jalan sorang.JIIEEEHHH.......HHHAAA!!!

mulanya aku tak kisah.iyalah kan.kawan lelaki aku pernah kata kau kalau kau nak hidup sirius sepanjang masa.takde gurau kengkawan baik duduk dalam hutan.tapi aku mula kisah bila satu hari bila budak form 4 ada race handled by our batch.aku tak tahu citer ni sampailah budak dorm aku gitau.they made fun of my name.they used it as one of the game's password.mungkin kau nak kata 'oh takpelah kau boleh jadi retis gitew'.i dont think so.because all of the password is based on variety of animals sound.macam kalau itik bunyi quack quack,lembu bunyi moo,dan aku bunyi...

dan bertambah kesian bila that day ayah aku datang melawat dan betapa riang ria di hari rayanya aku bagitau betapa sportingnya batch aku.macam orang putih kata fuck me right?tapi aku taknak cakap fuck me macam mostly perempuan di luar sana yang tak tahu perkataan fuck me tu boleh membuatkan mereka mengandung.and that's none of my bussiness.

kisah 2:aku benci baju batik sekolah.kalau kau tengok profil aku tu aku tengah pakai baju batik.cantik kan?sebenarnya baju batik tu tak layak dibenci.aku perempuan yang gemuk kakinya.baju batik tu mahal dan tak mungkin aku beli lagi satu semata-mata tukang jahit upahan tu salah ukur baju aku.yang menyebabkan kain tu ketat di bontot.

tahu betapa aku menyampah hari yang aku dipaksa pakai baju tu?dua tahun.outing.pulang bermalam.special event.aku kena acah kedepankan perut aku supaya bontot aku tak kelihatan masa perhimpunan.seksa tahu?aku tak tahu macam mana perempuan sekarang suka pakai kain ketat nampak bontot sebab ianya sangat tak selesa.rasa bontot kau terkeluar.haha.

aku tahu badar nak tegur aku sebab baju ketat.sampaikan satu masa aku outing dan keluar masa boys dah balik solat jumaat.kau tahu bila diorang balik rempuh masuk macam bangla.aku tutup lah bontot aku pakai beg.tapi dari jauh aku dengar diorang jerit. 'cover bontot ke?!HAHAHAHAHA'.shit.

aku tak pernah cerita ni pada sesiapa even mak aku pun.maka luluhlah hati seorang perempuan ni menyimpan rahsia seketat kain ketatnya.siapa tahu kisah di sebaliknya?tiada siapa yang sudi bertanya.

dan mahu lagi ke kau bertanya kenapa aku berperangai gampang seperti mereka pada akhirnya?aku kalah dengan situasi.dan kau.LELAKI MELAYU BANGSAT.andai kau punya adik,kakak mahupun anak suatu hari nanti.dan dia juga mempunyai rahsia seperti aku yang dia pendam tak boleh cerita.ketahuilah itu kifarah dari perbuatan mu sendiri.kalau aku diberi pilihan seribu kali kain tu sudah ku bakar.tapi nilainya lebih dari sejuta peluh ayahanda.
2

kisah aiskrim dan pisang


siapa tak kenal lagi aiskrim pasu dan goreng pisang pisang goreng cheese?






naahh..aku bukan budak hipster untuk memperjuangkan nasib mereka.eceewah.

cuma nak tanyalah kenapa orang malaysia ni tak boleh menerima perubahan.diorang macam..eh nak malaysia yang dikenali tapi eh..itu salah ini salah.

aku pun tak pernah dan tak ingin nak rasa dua makanan ni.tapi aku takde kecoh pun.orang lain sibuk fikirkan idea baru nak promosi malaysia ni kat mat saleh dan mat kpop kau pulak yang kecoh lebih.tak nak makan sudah.




konon tradisional lah gitew.prefer aiskrim potong lah.pisang goreng sambal lah.selagi benda tu tak pupus tak payah lah pedajal rezeki orang.cehh.marah ni nampak tak.hahaha.

bukan apa.cuma nak ajak orang malaysia ni jangan kerja nak argue depan handphone and start working out the bussiness yang boleh meningkatkan nama malaysia ni.bukannya lets say China ada restaurant yang gaya toilet tu kau sanjung puja,tapi perubahan yang sikit ni kau nak hentam beria.

mature lah sikit bang oi.and aku cakap camni tak semestinya aku tak pernah makan aiskrim potong.weyh zaman aku naik beskal semata-mata beli aiskrim tu seposen dua layak dipuji.

the same case with the hipster cafe nowadays..kau nak lepak kedai kopi pergilah sana.jangan terajang kedai orang.kafe jenis yang ada theme ni dah lama ada dekat luar negara.bukannya harmful pun.mana kau tahu dia boleh attract pelancong? mostly melayu dengan dengki dia yang tak habis habis.kalau tak suka perah lah idea camne nak popularkan makanan tempatan.boleh je pada firasat aku.negara jepun dan korea tu boleh je promosi makanan tradisional diorang.apatah lagi malaysia ni.syurga makanan.
0

"emergency couple"


























tadi tertengok citer ni dekat tv9.tidak heran lagi...drama korea sudah melambak-lambak seperti lambaknya sinetron lombok.


tapi bukan itu yang kita mahu bincangkan...

drama ni mengingatkan aku pada asrama.kejadah bukan?

ada satu malam tu.kami-set set akak long,angah,dan achik kawasan..ponteng prep.modus operandi-nya,sebab malas-panas-dan takde kelas.hemphh..sungguh ketara itu hanyalah alasan semata-mata

dorm kami di tingkat dua hujung balkoni dekat tangga.-port paling syaitan sekali.haha.sebab di bawah lindungan gitew.warden pun taknak check..apa lagi.bermaharaja lela puteri angkasa berbonjol lah kami.(kartun)

*tutup lampu.*tutup langsir*tutup pintu tp bukak sikit untuk check kalau-kalau pak guard rajin naik

*on laptop*cucuk pen-d

pastu diorang bukak drama ni.sebab petang tadi tak sempat nak habiskan.gigih kau nak habiskan puluhan episod ni.padahal buku sehelai je pun tak sempat habis satu perenggan dah tidur.

dalam samar-samar dan keterangan cahaya laptop yang mampu meningkatkan silau mata ke tahap maksimum..acah acah berani je sebenarnya duduk dekat katil paling hujung.nyamuk jangan tanyalah.pergh.kenduri kendara mereka menghisap darah pendosa ni (insaf)

tu hari pertama.hari seterusnya.-ada sequal kau.belum insaf.masih ponteng prep dan ngadap laptop.tapi tengok movie pulak.satu citer vampire.satu citer thor.kawan-kawan aku lah ntah pape dalam gelap jugak nak tgok citer hantu.eh tp thor tu bkn hantu,

dah lah gelap.boleh pulak main jerit-jerit.sebab acah takut.tetiba aku dengar ada orang lari-lari kat koridor.pergh macam balak bergolek bunyi dia.tapi bukan hantu lah.kawan aku.dia dari bilik hujung sana larik tunduk2 sampai bilik kitorang.

punyalah taknak kantoi.pulak tu sorang ni siap pergi koop sekolah beli jajan lepas tu balik asrama semula sebab nak ada feeling tengok cinema gitew.tahulah security sekolah aku jahanam tahap mana.haha.


lepas budak-budak form lain balik.kitorang sambung tengok movie korea sedih bersama-sama mereka pula.tajuk dia miracle in cell no 7.maka gugurlah air mata kakak-kakak ini.bulan tu memang bulan movie dan laptop sebelum siasatan dilakukan dan budak-budak tu tak bawak laptop lagi.ya.tu laptop budak lower form.wehehe.

sekian.
0

TIPS MEMANJANGKAN CUTI

haha.

tajuk tak munasabah.siapa kata?

sepanjang bergelar budak sekolah...aku tahu betapa musnah nya harapan bila cuti dah habis.bagi 2 minggu pun tak cukup.aku paling suka cuti yang ni lah.cuti spm.haha.paling lama dan tak tidak merisaukan melainkan lagi 7 hari nak result.woohoo.-sila menangis

dah tak jadi budak sekolah kan?baru sedar benda ni.bagaimana nak buat cuti lebih bermakna tanpa menyesal yang esok hari last cuti.

first.buat aktiviti berfaedah.jangan makan tidur makan tidur. reasonable reason = banyak aktivi banyak memori lalu cuti anda pun terasa panjang dan menyeronokkan.oh ya,tak perlu buat trip ke jepun pun.cukup menanam pokok bunga ke,memancing ke,tebang pokok ke,tanam padi,melawat rumah sakit jiwa..at least kau ada buat something yg out of the ordinary.

instead...bila kau lepak tido kat rumah..sedar sedar esok sekolah.nak-nak hari ni kena kemas baju balik asrama.cuti takde fillings.. sia-sia gitew.

last-sori menyepi bukan takde idea tapi broadband mati.lambat follow ke apa.

p/s:nampak tak entri ni ada first dgn last je.haha.btw,bukak-bukak blog tadi ada benda ni.dengar cerita website porn pun dah disekat.syabas inspektor sahab!



3

Perempuan Ni Kemas Bilik

Haritu ada lipan hinggap kat badan akak aku.Haaa..Tahulah lepas ni mungkin bilik kami ni berpotensi untuk jadi sarang tebuan pulak.Makanya aku pun mengambil inisiatif ringkas dan tepat.hewhew.

nampak tak apa yang beliau sedang usahakan?


ini amaun biasa kertas-kertas untuk sejarah yang cikgu aku sedekahkan.bayangkan lah satu batch aku tu berapa orang.tepukan untuk beliau.jangan lupa doakan sejarah aku A walaupun spm sejarah sekarang sudah melupakan sejarah.Ada ke patut 90% KBAT.jilaka betul.

                            

mesti kau orang semua rasa nak siat-siat je muka perempuan ni kan? buka-buka laci ada menatang ni dalam jabir.Mau tak terencat akal aku kat situ.


nah! Teman-teman.Aku lupa yang adik aku beli cicak getah ni dekat Melaka.Berjaya pula beliau membuat aku terkentut sendiri.Haha.


lolipop ni precious tau.ada akak jabatan yang mai sekolah aku bagi.Tapi sebabkan aku lupa nak makan.semut potong line.Dah seminggu baru sedar.Kempis lolipop aku.semut layak bertanggungjawab.


Ni sepeninggalan 'memory box' aku.kot la mati esok.boleh anak-anak aku tengok.puiii!pakwe pun takde.ke mana? kelaut..


Tadaa!! aku saje letak gambar lepaih kemas.sebab gambar sebelum kemaih terlalu 18 tahun ke atas.tuddiaah..


ni saja nak tunjuk yang cicak tu masih sihat wal afiat.

Aku ni sejak dua menjak ni lambat post entri baru bukan apa.aku tengok kawan-kawan aku dah tak post.aku pun takde semangat gitu.(gaya follower beriban)sekian.

0

mak,kakji nak kawin

aku pernah tanya sama mak

mak,kalau kakji kawin dengan orang tua macam mana?
usahkan terkedu.terkentut aku menengok reaksi yang memacar di wajah tua ibuku.mana ada tua.baru 40's okeh.

tu belum aku tanya.kalau aku tercinta mat indon ke.indian ke.orang miskin ke.cacat ke?

dude and babes sekalian.kita memang lulus sebagai manusia yang berperikemanusiaan.hati kita menolak agenda racist mentah mentah.tapi..kita selalu lebihkan rasa kesian daripada menganggap mereka seperti manusia biasa.bukan?

kita ni macam..

dia ni okay je sebenarnya.baik.caring.tapi dia cacat je.kalau tak mesti ramai peminat ni.
dah tu kau kawin lah dengan dia.
nak ke kita?

disebabkan ketularan wabak k-pop.asalkan muka segaya pun boleh juga.often kita termimpi-mimpi nak kawin dengan chinese.ye dak?tapi ada yang nak kawin dengan indian?racist kita ni senyap senyap tau.

aku ada sorang indian dalam batch dulu.aku tak pasti budak melayu layan dia macam tu saja bergurau ke apa.aku kesian tapi sebab masa tu zaman aku tak cara hal orang.lagipun deme laki sama laki.takde pulak sampai berbunuh bunuhan pulak.

haih.peraturan tak bertulis dunia ni.sampai bila?
3

SEGMEN PROJEK SYUKUR


the very first time join segmen menyegmen ni..tengah tengah blogwalking.tetiba nampak segmen ni.lain dari lain.mengajak manusia bersyukur.okay what.yang paling penting.simple-mimple.cuma senaraikan 10 perkara yang beta syukuri.lelws.

  1. disebabkan aku patriotik.aku bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia ni.walaupun jarang nampak penduduknya bersyukur tapi mereka sangat bagus dalam hal ehwal mempertahankan negara.darah pejuang barangkali.tak percaya tengok saja politk dan sukan Malaysia..meriah bukan?                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
  2. lahir-lahir telinga aku ditiupkan dengan suara iqamah dari ayahanda terchenta.                                                                                                                                                                          
  3. masih lagi mempunyai mak dan ayah yang sempoi tapi garang pada masa yang berpatutan.ha..markah lebih sikit.                                                                                                                                                                                                                                                
  4. berketinggian 165  kaki persegi  meter.mana mungkin tak bersyukur di situ.                                                                                                                                                                                                     
  5. berjaya menjadi anak pertama yang masuk SBP.kira thunder cat lah gayanya.                                                                                                                                                                                       
  6. keluarga senang.tak kaya mana.tapi janji tak merempat menagih secupak beras Dato' Jalal."susah macam mana pun,jangan mintak beras orang"-Jep Sepahtu                                                                                                                                                                                                              
  7. good at art. "EARTH WITHOUT ART IS JUST ..EH?".tangan seni ni susah nak dapat tau.ha.riak..                                                                                                                                                                                                                                                                                                     
  8. tak pandai memujuk tapi pandai membaca fikiran orang.wajah menceritakan segalanya.bercita cita jadik psikologi,tapi mak aku cakap nanti boleh jadi gila.                                                                                                                                                                                                                            
  9. ada 1 abang.1 kakak.dan 1 adik.orang kata anak tengah ni bawak ong.ahh.ong kedek kedek nak buat apa.                                                                                                                                                                                                                                                        
  10. last but not least.bersyukur masih lengkap anggota badan.tak cacat.walaupun tak secantik mana.
aku rasa macam tak menjawab soklan je.ni lah pekdah selalu masuk kelas lambat.takde kena mengena.


0

sejemput tazkirah







tanya pada mana mana pokok.kenapa hikmah tu lambat.nanti pokok takkan jawab.

lalu ku sambung.sebab tuhan suruh kita fikir dulu sebelum buat keputusan.

tanyakan lagi .kenapa kita selalu menyesal?sebab experience is the best teacher.

mak nenek aku selalu kata.kesilapan kita yang paling besar alah mengulangi kesilapan kita yang lalu.


makanya.belajarlah dari kesilapan.nahh.sekarang sila buat sesi renungan bersama dinding di sudut.
4

secerah cerah bulan purnama.malam itu kelam juga.

"star can't shine without darkness"

 sila pasang lagu sound of the rain untuk menghayati entri kali ni.lelws.

bila kau mengamati dunia ni.kau akan faham yang hidup kau pun ada pasang surut nya.pasangnya hidup aku seperti air pasang laut di malam bulan mengambang.

aku berada di puncak tertingi dunia.burj dubai pun tak mampu lawan.duduk kelas pertama.disayangi para guru.bersaing seiring budak-budak cina.balik rumah terus hadap homework.tak pernah ponteng kelas.tandas sekolah pun tak pernah jenguk.bangun 2-3 pagi study.hasilnya-9A PMR.dan tak terkejut pun.

sila panggil ustaz masing masing.blogger ni mula riak.haha.

then.berlaku satu bala ni.aku diterima masuk sbpi.kenapa aku cakap bala?


  • dah mula malas studi
  • makan tido makan tido
  • bangun subuh tak sah mengeluh dulu
  • mengumpat cikgu macam macam
  • ponteng kelas-ponteng surau
  • merayau kalau cikgu tak masuk
  • studi last minet.tu pun studi soklan bocor.oh tak perlu terkejut.budaya budak sbp.
  • curi wifi sekolah-which is of coarse lah bawak phone-sapukan-skrin-untuk-buka.
memusnahkan harapan bangsa.menggunakan duit biasiswa untuk kepentingan peribadi.*mengeluh.ya.hidup aku berputar 360 darjah selatan.hidup aku pun tak berkat agaknya.

dua kali buat hal.aku salahkan pengaruh rakan sebaya.dan mak takde-takde sape nak marah.dah lah ponteng surau.ustazah ronda siap lari ikut belakang asrama yg gelap gelita.oh nanti aku cerita.then bulan yang sama ponteng prep malam.satu dorm pulak.kantoi la apa lagi.kecoh seantero sekolah.

dan apa kau rasa yang akan jadi pada result spm aku.aku tak pernah rasa sangat tak yakin dengan result aku.tapi apa boleh buat?durian sudah menjadi nangka.haha.padan muka.

dan aku nasihatkan adik adik aku.pandai-pandai lah jaga diri duduk di tempat orang.that feeling bila buat jahat tu-memang best.tapi takkan kekal lama.tak percaya tanya lah akak kawasan ni.haha
2

sebab kau cantik

macam mana nak buang rasa segan ni.susah lah nak berhadapan dengan public.nak cakap i live jadi i life.
kau kena confident wei. appearent tak penting.


heh.kau boleh lah cakap appearent tak penting.SEBAB KAU CANTIK.

kesian kan aku ni.diam pun salah.bising pun salah.duduk salah.berdiri salah.buat baik salah.buat jahat salah.
 sabar lah.diorang main main je tu.



haha.main main.dah asal diorang tak main main dengan kau?SEBAB KAU CANTIK.



bila pakai dress untuk dinner.

tengok nur rafidah sumaiyah al ekhsan farouqi tu.cantik gila beliau.seperti bidadari tanpa sayap.mungkinkah beliau tulang rusuk beta?-titah bendahari kelas 1 anggur.

bila pakai tshirt santai gemalai di tepian pantai.

afiqah fauzana tunku mahmood mat tu sempoi je aku tengok.tapi tetap manis dipandang. 



sebab apa?SEBAB KAU CANTIK.


oh.sudah la.cukup dengan drama dunia.yang tak berapa nak cantik.kalau buat apa pun tak elok dipandang.yang cantik makan bersepah pun dipuji.hatta bersin singgah pun orang nak ambik gambar buat simpan dalam locker.

sebab aku ni pernah duduk asrama.dicaci pagi petang.aku tak ambik hati sebab katanya budak lagi.well.kalau dah form 5 pun dianggap budak..tolong cubit bontot masing masing.

kenangan sampah tu kau bagi aku simpan.takpelah dah berlalu kan.aku kalau ade kuasa.dah lama aku kamehamehakan bebudak tu sume.

apa.entry ni tak de guna?kah kah .kau ingat entry kau berguna.ha..nampak tak aku tengah marah.haha.
2

panduan menulis blog.

tuddiaahh aihh..punya skema tajuk sampai noktah pun aku taruk.*deep breath.bissmillah.sebelum apa apa.nak mintak maaf dulu kot sebab kali ni aku nak maki sikit.hah.maki pun bismillah.

setelah lama menyepi.hem.mungkin lebih sesuai gunakan istilah mereput.di rumah.aku pun belajar berjalan sedikit demi sedikit.untuk mengelakkan lumpuh dan semput di hari tua.apa.blogwalking tu pun diiktiraf sebagai perjalanan apa.

aku rumuskan di sini yang mostly blogger adalah wanita.ya.lelaki yang berhati wanita juga diambil kira.apa.dah tahu.cis.baik aku terus ke langkah seterusnya.

sebab aku dah lama berblogging.walaupun aku baru 18 tahun.aku tahu beza antara blog dan whiteboard.whiteboard adalah alat yang mana para guru gunakan untuk meluahkan perasaan tanpa ada rasa curiga yang murid akan faham ke tak apa yang dia tulis.confident mak jemah kata.

blog pula suatu medium elektronik di mana perkongsian maklumat dijalankan.aku consider diary dikategorikan sebagai maklumat.sebab tu ramai yang melalak di blog.tapi apa yang nak ditekankan adalah...dikk..sila

  • gunakan front yang normal.atau berseni tapi asalkan public boleh dan minat untuk tengok.
  • sparkling tak lahabau sangat.
  • entry panjang.takdak paragraph ka,gambaq ka.berjela jela macam karangan.sapa nak baca.
  • divider tepi susah nak scroll..hah.divider yg keluar.
  • shoutbox ada.senang nak tiggal jejak untuk org yg ketandusan follower macam aku ni.hehe(kepentingan peribadi)
  • kalau boleh elakkan warna blog yang menyilaukan mata.macam blog ni.kahkah.terludah muka sendiri,
ok.bai.haha



2

puihh satu kali kepada new year

new year new me ??  puihh.buat kedua kali.

berhenti berdrama swasta.takkan ada manusia yang berjaya menjadi orang lain selepas bertahun tahun lamanya.kecuali hang baru keluaq penjara.

2015.dan takdak apa apa berubah kecuali umoq ceq.

setiap pagi ceq bangkit.tenung cermin setinggi ceq tu dan berharap kemahiran bersosial ceq makin baik.namun,bila pi keluaq beli barang.jumpa kawan teghuih lari.

failed.

setakat main social life di fb takkan menjadikan ceq seorang gadis sunti muah muah yang pandai bersosial.oh.tak perlu "sosial" sangat.langsung tak reti lebih tepat,padat,dan mutakhir.

mula berhenti menebang pokok mempelam sarang kerengga di belakang rumah setelah negara dilanda hujan monsun raya cina.tak mempengaruhi ayahanda untuk berpuas hati dgn kehendak anak beliau ini untuk mengambil kos pertanian dan pengurusan ladang sementara berjagung jagung dahulu menanti result spm ceq masak rebuih.

sungguh mendebarkan bukan?tak tau lagu mana ceq boleh terjebak dalam sekolah bagai penjara (SBP) dan menghabiskan 2 tahun pengajian penuh neraka yang menggunungkan tinggi harapan saudara mara untuk melihat ceq berjaya.musnah sekelip mata.

dan ceq mengambil keputusan untuk menyalahkan pengaruh rakan sebaya.nantikan kisah selanjutnya.
Back to Top