5

kenapa memilih untuk jadi introvert?

why not?haha

aku memang niat nak ubah perangai ni tau.perangai-sentiasa negatif dengan orang ramai.

dah cuba.banyak kali T_T

tapi nampaknya untuk kesekian kalinya aku kalah.kalah dengan sejuta perasaan sejuta pandangan mereka.

banyak yang aku tak faham dengan dunia ni.banyak yang aku nak beritahu.tapi aku takut.takut aku tak dapat terangkan dengan baik.takut aku kedengaran seperti si sempurna yang kerjanya cuma menuduh dan meludah.

setiap hari..bilangan orang yang begitu semakin ramai.menambahkan lagi jumlah masyarakat yag terkesan.terkena.tersentap.lalu mewujudkan suatu kelompok defensif.terlalu defensif.

ahh.mungkin aku terlalu banyak berfikir agaknya.hahahahahaa.okay mari lupakan.
4

Irritated

entri ketiga hari ni.gila kau.dah takde kerja sangat gamaknya.yelah dah seminggu berhempas pulas buat persiapan ke matriks kan.depression melampau sampai duduk berkurung dalam bilik je.XD

so niat nak join GA sementara tak busy ni kan.alih-alih sangkut dekat rules yang sama jugak.
wajib follow ig senin bin kamis *bukan nama sebenar

aduh.ada sebab nya aku taknak terlibat dengan ig tu.maaf kalau kali ni aku tersinggung sunggingkan sesiapa ye.

ape perempuan lain kata ye? insecure? insecure bila tengok perempuan lain cantik-cantik? lel *guling-guling

tak.aku menyampah.tak suka.lelagi bila si dia bertudung litup (walaupun menunjukkan keseluruhan dahi yang flawless dan luas bak padang golf tew) , berinner atau handsock tapi ambik gambar acah-acah tutup mata dengan tanda peace dua jari tu.

hemph.apa tujuan tutup aurat sebenarnya? untuk melindungi dari mata lelaki.kononnya.tapi si dia menunjukkan keseluruhan walaupun bertutup untuk ditatap? gitu? pastu si lelaki pun.wahh cantiknya.calon isteri solehah. =.=

macam lah aku tak tau pemikiran lelaki tu acaner.ye.tak semua.tahu tu.

aku ni manusia.takleh diam bila aku tau makna tersirat di sebalik gambar tu.sebab aku boleh agak tu lah aku menyampah.yang mendorong aku mengumpat mengata mencaci cerca,mungkin juga menfitnah.jadi cara terbaik.tak payah buat akaun.tak payah tengok.tak payah tahu.tak sakit hati.

ye.silakan kata aku dengki.
9

Simple RM100 Giveaway Byijeni

Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)



 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015
tag : sis siti , barbie , farah syamimi
0

Now Add Honey





kali ni nak review cerita ni.sekarang tengah ditayangkan di astro box office.sempat lah tengok lagi.^_^

movie ni family type tapi agak 18sx jugak lah.tapi takde sex scene ye.harap maklum.haha

so ape yang best nya movie ni?

antara isu yang diketengahkan..

  • remaja yang berlagak dewasa dan mengganggap pakaian,penampilan mereka hak mereka.
  • bad parenting.
  • ketagihan dadah.
  • people that easily get offended.
  • boyfriend yang sedaya upaya memenangkan girlfriendnya tapi masih disalah anggap.
  • wanita yang melalui fasa menopause 
  • suami curang yang membuat hubungan dengan remaja.
  • orang yang sanggup buat apa saja demi duit dan kepentingan diri.
  • remaja yang dalam proses pemberontakkan.
  • kanak-kanak senang untuk mengikuti environment sekeliling.
  • child abusive for sex
  • hubungan kekeluargaan
banyak kan?haha so summary nya:

Caroline Morgan’s (Robyn Butler) comfortable suburban life is in freefall:  her two bickering daughters are driving her mad, she’s being worked to exhaustion by a thankless boss, her husband announces that he’s leaving her for their beautiful young yoga instructor who’s having his baby, and…Now Add Honey!

Caroline’s pill-popping, alcohol-abusing sister Beth (Portia de Rossi), and Beth’s teen-idol pop-star daughter Honey Halloway (Lucy Fry) come in like a hurricane for a surprise visit from Los Angeles, with their airheaded Hollywood entourage in tow.  When Beth is sent to rehab, things disintegrate into hilarious chaos as Honey adjusts to suburban life without her stylist, private chef, and personal assistant – while the rest of the family adjusts to having a superstar hogging the bathroom, going wild on shopping sprees, attracting crowds of adoring fans, dodging paparazzi, and breeding chaos wherever she goes! 


But right when she’s about to fall apart, Caroline realizes that Honey’s bubbly-blonde charm could be what her troubled family has needed all along.  Funny, heartfelt, and sincere, NOW ADD HONEY tells the riotous story of what happens when a normal family gets a taste of not-so-normal celebrity!
harapnya boleh ambil teladan dari cerita ni okay?
0

urusan rasmi

menyampah.tak suka kena bangun pagi-pagi,waktu pejabat sebab nak kejar yb untuk cop pengesahan dia.hahaha =_=

tak sempat jugak nak tengok kartun.

dan sekarang asyik termenung dalam bilik mengenangkan masa depan.

apakah semua ini... T_T

belum masuk matriks dah busy.apatah lagi nanti dah start belajar.kompen tak dapat nak godek-godek blog ni.haha.

doakan urusan den dipermudahkan.aamiinn.
5

Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen



syarat-syarat
  1. Buat entri bertajuk "Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen"
  2. Tampal banner di atas dalam entri anda
  3. Backlink kepada entri ini
  4. Tinggalkan link ke entri anda di ruang komen di bawah
  5. Follow blog XDramaQueen
  6. Like page XDramaQueen di SINI

selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu di malaysia! 

0

The Lesson



okay kali ni aku nak share satu episod (The Lesson) dalam kartun The Amazing World Of Gumball.ni kartun feveret kedua aku selepas Adventure Time.kenapa? sebab kartun ni banyak pengajaran.dan aku tak rasa kartun ni untuk budak-budak.haha.

so kisahnya si Gumball(biru) dan Darwin(oren) ni kena studi untuk exam.dan mereka habiskan masa dengan main-main.eh kenapa sama macam aku ni.XD.



jadi si Darwin ajak cheat sikit.well,SIKIT..



dan ofkos kena tangkap.dan mereka didenda duduk di kelas tahanan masa cuti sekolah.

jadi dalam tahanan,mereka dibuli.untuk dapat perlindungan,mereka kena bantu salah satu ahli kelas tu lari dari situ.






Escape From Detention Song


Well, I cheated on a math test,
teacher says I gotta pay.
Doin' time up at the schoolhouse
and it gets worse everyday.


I've done a lot of bad things,
as freedom wilted away.
I've seen a lot of sad things,
and it gets worse everyday.


I never was a bad guy,
'til I was put away.
Now I'm stealin', cheatin', lyin',
and it gets worse everyday.


They think I learned my lesson,
That crime just doesn't pay.
But stuck here in detention,
I have found another way.


I'm the baddest kid in the prison,


and I get worse everyday...

pengajarannya di sini.menahan sekumpulan pelajar bermasalah di satu tempat takkan menjadikan mereka baik.ianya cuma satu penyelesaian untuk mengasingkan mereka supaya tak menyusahkan masyarakat.

dan aku yakin inilah yang terjadi dalam sekolah juvana.kau buli budak sekolah,masuk situ,jumpa orang yang lagi teruk.seterusnya,kau akan jadi lebih teruk.tapi naahh,aku rasa sekolah juvana di malaysia tak seteruk di luar negara.masih ada harapan.diorang pun ada belajar untuk ke alam pekerjaan dalam tu kan? so janganlah pandang pelajar-pelajar tu sebagai banduan,bila kita tak tau masa silam dia macam mana.

ni full episod kartun ni.


4

Telunjuk Langit

fuhh.tajuk takleh blah. XD

jadi keputusan aku nak ke matriks kmph,gambang pahang.

tak tetap pendirian.kannn.maaflah.setiap manusia tu pernah buat silap.kehkeh.

sejujurnya memang aku nak pergi uitm je.masuk ladang semua tu.memang best habis.aku tak nafikan aku suka environment cenggitu.dan aku tak suka matriks sebab aku tak jelas apa yang aku belajar(jangan ikut perangai ni,haha).aku lebih suka belajar kos yang lebih menjurus dan jelas gitu.

tapi setelah perbincangan dengan rakan sebaya..,ada yang bagitau aku kos pengurusan ladang tu tak sesuai dengan perempuan.well,maybe aku mampu je nak harung ladang tu.tapi dari segi kerjaya tu.lelaki akan dipilih dulu.ni buat aku sedih.T_T

dan aku ada search ramai gak perempuan yang tak dapat kerja bidang tu,dan kena sambung pendidikan.haih.diskriminasi betul.

jadi aku putuskan untuk masuk matriks dulu.setahun lepas tu sambung degree bahagian research.mungkin pertanian masih dalam pilihan aku.sebab minat yang mendalam gitu kan.^^,tapi mungkin bahagian biotech je.duduk makmal.godek-godek.lulz

nanti lepas matriks,aku search lah berkaitan degree research ni.sbb buat masa ni aku dah sibuk nak buat persiapan.masuk 24 mei nanti kan.tak lama lagi tu.doakan aku berjaya!

nanti belanja gambar,deh.haha
3

simple giveaway by mass-naim


sila klik banner untuk join.3 pemenang bertuah akan mendapat magnetic bookmark setiap sorang.

goodluck gais~
14

UPU Result



haih.mintak tolong sesape yg ambik kos web design/web developer/programmer atau ape2 saja berkenaan web,tolong buat web kerajaan yang tak crash down bila pengguna online sekaligus.XD.kalau boleh lah.

ni aku pun konpius kejap tutup kejap bukak. =..=




jadi berkat usahasama rakan2 yg lain.tolong sebarkan web lain untuk check upu 2014/2015 dengan mudah.terima kasih diucapkan. *poyo . maka yg tak lepas-lepas lagi tu boleh lah check laman web tersebut.

jadi kisahnya dapat uitm je yang mampu.bersyukurlah sikit ada yang tak dapat pun.T_T.alhamdulillah.dah memang aku isi kos tu kat pilihan 1st sape suruh.lol.tapi takpe.aku dah plan arah tuju sampai degree,master mungkin atau terus ke kerjaya je.insyaAllah.

jadi kenapa ladang? well,why not? 

cuma ni je kos yang paling menyenangkan aku.aku minat biologi.suka kerja luar.tak banyak competition.peluang pekerjaan luas.tak semestinya ambik kos ni jadi peladang okeh.nampak ada perkataan pengurus kat depan?lol.tak pun kalau aku rajin duduk uni lama-lama.aku boleh sambung bidang lain.bioteknologi contohnya.tak jadi doktor manusia,jadi doktor pokok pun boleh ^_^

ni bidang lelaki?yosh~jangan bersikap racist tehadap pompuan(sexism).XD.aku rasa dari compete dengan laki dalam kos tech baik lah compete dalam kos ni.aku ni dahlah tak kreatif.pembenci setia fizik lak tu.kuikui.

mak aku kata.berbaktilah kepada tanah.hehe.kalau bukan anak Malaysia yang uruskan tanah di sini,takkan nak bagi indo conquer kot.kalau semua nak kejar duduk dalam aircond,pss.mati nanti kena tanam dalam tanah jugak.haha.ni takde kena mengena.hiburan islamik :D

mula-mula dapat result ni memang tak dinafikan rasa bodoh letak pilihan 1st.haha.lepas tu mula terfikir baik g matriks je.pulak tu kawan-kawan yang lain semua pakat nak pegi matriks.semua nak kejar setahun tu.jalan singkat katanya.

jadi kenapa aku tak memilih untuk ke matriks?jap,sebelum tu aku ada baca orang kata matriks ni tempat buangan budak yang tak lepas ke uni.


pemikiran apakah itu? dari kecik aku anggap budak matriks lagi cerdik dari uni.satu sebab laluan pantas.dua aku banyak dengar pointer budak matriks 3.8 ke atas.tiga tak lepas kena tendang lah lelong lah.haha.tu sebelum aku dapat tau asasi tu wujud.

kesimpulannya.belajar kat mana sama je.duk matriks tu struggle sebab suasana dia.dan kalau takde "tak lepas pointer 3.50 ke atas kena lelong" takde nye budak spm tak gempak(macam aku) ni nak beriya belajar.punya cuak.masalah duduk uni atau form 6 ni satu je.belajar santai.dan senang leka.yelah.bagi yang form 6,duduk sekolah balik,jumpa kawan.takde fefeling pra u.habis lah.stpm tu kira susah jugak.

bagi aku sekarang ni pulak.dua-dua ada pros and contra.nanti dah dapat tahu tempat dekat mana,dah siap sesi mesyuarat dengan ayahanda.then,aku bagi dia decide sebab yang bayar yuran tu dia.restu tu penting.minat dan keupayaan tu penting jugak.kita nak bekerja,carilah kerja yang kita minat,nescaya kita tak rasa yang cari duit tu susah.despite bab kena handle masyarakat tu je yg the hell sikit..:p

jadi selagi kau tak habis spm.kau takkan rasa susahnya nak buat pilihan.lagi2 result spm tak memberangsangkan.kau tak rasa jatuh tu apa.kalau tak jatuh sekarang,aku takut kau jatuh nanti.masa tu dah lambat sangat.cari information pasal kos dan kerjaya tu penting,tapi pilihan tu pada kita jugak,bukan pada si tukang cadang. "oh,kos ni susah dapat kerja." 'oh,budak asasi ni mesti bijak punya." atau, "masuk matriks/form 6?mesti tak lepas u lah tu".

tiba masanya kita jadi bangsa yang maju sikit pemikiran.okay?good luck untuk semua orang yang sedang berjuang dengan hidup masing-masing.tengah memilih upu/matriks/form 6 ke,mencari kerja ke,di peringkat spm ke.matlamat hidup tu penting.
"you fall seven times,get up at eight."
2

i want to be a ruler

aku nak buktikan yang kartun Adventure Time tu sebenarnya bukan untuk budak kecik.that's why they rated it as PG-parent guidance.haha.

sekarang aku bg leaked sikit satu episod-Ocarina

Adventure Time Recap - "Ocarina"

for those who don't get any idea about this,let me introduce you...benda kuning pendek tu nama dia Jake.dia seekor anjing(bulldog kot) dan berkawin dengan unicorn berbangsa korea yg colouful dan melahirkan anak2 campuran.sounds crazy right? well,its a cartoon.

benda panjang yang berpintal tu salah satu anak dia,nama dia kim kil whan.dia panjang sbb mak dia pnjang.haha.btw,menurut kisah,anak unicorn membesar dgn cepat.jadi,anak dia dah tua dan kim kil whan bekerja sbg peguam hartanah.

dlm episod ni,anak2 Jake menyambut hari lahir,dan Jake dtg lmbat sbb sibuk mengembara dgn Finn(homie nya).anak dia rasa Jake tak matang dan perlu bekerja sendiri,jadi dia jual rumah pokok ayahnya sendiri.untuk memaksa Jake cari duit utk beli rumah tu balik.

bla-bla-bla,that's not the point of the story.sebab ade terselit satu cerita yang menarik dalam episod ni.ianya mengenai Jake's political view.

Adventure Time Recap - "Ocarina"

masa ni,Finn dan Jake ditahan kerana trespassing dlm rumah sendiri,sbb rumah tu dah pun dijual.jd Finn bengang knp perlunya law ni semua,sedangkan itu rumah mereka sendiri.dia jugak ada tanya apa itu geran tanah.haha.

Jadi ini apa yg diterangkan oleh Jake.dia ckp ianya mudah.
"undang-undang wujud bukan untuk mempertahankan orang miskin,tapi untuk membantu si kaya terus menjadi kaya."
 "suatu masa dahulu.lama-lama dahulu.hanya ada dua golongan.yang kuat dan yang lemah.mereka berlawan dan terus berlawan untuk mendapatkan apa yang ada(tanah kawasan).bila si kuat menang,dia akan dapat tanah dan rumput,si lemah cuma dapat tanah berpasir.kemudian,undang-undang dicipta.si lemah tak boleh memasuki kawasan si kuat.namun bila si lemah berjaya mendapat tempat,undang-undang diubah."

itu kitaran politik yang ditunjukkan oleh gambar manusia merah dan putih di atas.

actually this cartoon,overall want to show us the bad parenting.nanti aku sambung cerita keseluruhannya.oh kesudahan episod ni,Finn dan Jake jumpa Kim Kil Whan,slps dpt tahu KKW dah kaya dan bukannya perlukan sgt duit mereka.jd Jake bg KKW "Ocarina" sebagai tukaran dan ckp yg dia sayangkan KKW.episod ni berkait dgn cerita lain sebenarnya tp sbb aku tak tgok Zelda atau Corra,aku tak faham ending dia dan ape benda ocarina ni.hahaha.

Adventure Time Recap - "Ocarina"

kepada yg punya kuasa,be a good ruler though.till then,bai!
9

Buku Fixi Giveaway by Yaya


disebabkan aku ni baru start mengumpul buku fixi,maka giveaway sebegini sgtlah digalakkan da menggalakkan aku yang sgt ekstrem ni.haha.

6 orang pemenang bertuah akan dapat buku random dari yaya.pss,kalau tak minat buku fixi jgn join,bg lah chance pada aku ni.lol.tak semangat persaingan langsung.sila kutuk diri sendiri.

rules:

  1. Wajib follow blog Yaya
  2. Buat entry bertajuk 'Buku Fixi Giveaway by Yaya'
  3. Tag tiga orang blogger dan pastikan mereka mengetahuinya
  4. Linkkan entry tersebut ke entry ini
  5. Komen untuk sertai
senang bukan?

maka aku tag
2

Lagu Malaysia-Belantara Konkrit,Altimet ft Salam dan Aman RA

kali ni aku nak share Lagu Malaysia yang deep meaning orang kata.tak apa tak suka lagu bercakap,tapi hayatilah liriknya yang lebih manusia dari manusia.bagi yang tak faham,meh aku terangkan MENGIKUT PEMAHAMAN AKU.

Di mana arusnya deras dan mawar dikikis duri (perempuan yg hilang kehormatan diri)
Anginnya rawak dan diri terus diuji (liku-liku suka duka kehidupan)
Namun cita-cita membunga cinta dibunga-bunga (cita-cita dikejar,cinta pula bersepah di kelab malam,di jalanan,di lorong hj taib..)
Ilmu dicari dan emas digali (berlumba-lumba mengejar ilmu dan harta)
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit (nama lain bg hutan besi yg bermaksud kotaraya)
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Selamat datang ke kota mimpi ngeri (kota yang tak dapat diduga.esok tak sama mcm hari ini)
Dari dekat lapuk dari jauh nampak berseri (jadi impian ramai,namun hakikatnya..)
Kami jual semua kalau kamu mampu beli (kebahagian yang boleh dibeli)
Kami ambil semua kalau kamu tak reti beri (tak ada harta,pinjam.tak bayar balik,karam)
Atas darat ada lintah (kongsi gelap,ah long)
Atas darat ada buaya (sweet talker)
Gerila dalam kabus bergerak tanpa suara
Otak sihat tapi akhlaknya kurang upaya
Hati kering kerna mandi dosa di kuala
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Ada kucing kurap berangan nak jadi singa (si miskin nak jadi kaya)
Khinzir hutan kian gemuk meratah riba (pemimpin yg main rasuah)
Ular besi bawa semut ke tempat kerja (ular besi=tren/LRT/monorel,semut=pekerja)
Monyet luncai khayal berkemenyankan herba (remaja dan dadah)
Jangan mengaum bila masuk kampung kami (jgn tunjuk pandai)
Jangan pasal besar mulut buat kami kecil hati (jgn menyentuh isu peribadi)
Kami dah khatam mengaji cara tari bertaji (kami tahu segalanya)
Corak orak tenang kami tak reti lari (sentiasa bersedia)
Dimana arusnya deras dan mawar dikikis duri
Anginnya rawak dan diri terus diuji
Namun cita-cita membunga cinta dibunga-bunga
Ilmu dicari dan emas digali
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Dunia tak habis-habis kacau hak aku
Tak habis habis bebelkan aku
Aku cuma nak lepak chill layan hal aku
Tapi ada pula nak tanya apa hal aku
Asal flat kos rendah tapi berita cita tinggi
Sambil ku mengejar pelangi (melaksanakan cita2)
Hujan ribut yang aku perah (dgn bersusah payah)
Semua nak pegang barang panas (masing2 nak jd popular sekelip mata)
Tapi takut nak sentuh isu dingin (tp tak berani nak berhujah isu semasa)
Sedangkan si buta pun nak tengok dan si bisu teringin
Cakap realiti sebenarnya liar (org celik jd buta org petah diamkan diri,sampaikan yg buta dan bisu teringin katakan yg realiti hidup di kota sangat berbeza dari yg dibayangkan)
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Di belantara konkrit hanya di belantara konkrit
Belantara
Belantara
Belantara
Belantara

Lagu : Belantara Konkrit
Artis : Altimet ft. Salam & Aman-RA
Album : Kotarayaku
0

alpha-ke arah pembentukan manusia?



dalam sistem sosial haiwan,alfa adalah individu masyarakat yang paling tinggi.Kebiasaannya alfa akan mendapat keistimewaan dari segi makanan,seks,rakan,dan lain-lain.Kedudukan alfa berubah biasanya melalui pergaduhan.


Beta pula ialah penganti Alfa sekiranya Alfa mati atau tidak lagi dianggap Alfa.Dalam beberapa spesies burung,Alfa akan berpasangan dengan Beta untuk memikat betina.Dalam kawanan serigala atau haiwan pemangsa berkumpulan yang lain,hanya Alfa sahaja yang berhak mengawan.

Omega ialah peringkat kasta terendah dalam hierarki.Haiwan Omega juga boleh digunakan sebagai kambing hitam perkauman atau outlet untuk kekecewaan,dan diberikan keutamaan yang paling rendah apabila mengedarkan makanan.


Jadi,mereka sedang menuju ke arah pembentukan manusia atau manusia sedang menuju ke arah pembentukan haiwan?Terutama bahagian omega tu.

-sumber wikipedia

oh tak.ni bukan serigala.ni anjing kacukan serigala.jenisnya siberian husky.hoho.

bila cakap pasal alfa.aku teringat ayah aku.tak.dia tak menyerupai sifat alfa.tapi bagi aku alfa tak lebih dari seorang ketua keluarga yang tegas,jadi yup.ayah aku seorang alfa. ^_^ .dan biasanya alfa akan ada baunya yang tersendiri.same goes with him.

bau seorang lelaki sejati! *bunyi gitar.aku cuma takut,,bau tu akan hilang suatu hari nanti.aku harap ianya terjadi bila aku dah cukup matang untuk menerimanya.semoga panjang umur ayah! SELAMAT HARI PEKERJA!
Back to Top