Translate

Botol Hanyut

By Naja - 5:34 PTG

mengertilah ku kini kasih sayang sekarang semuanya memandang kebendaan.andainya kedaifan dan rupa pula kurang,tiada siapa sudi memandang walau sebelah mata.
aku kagum.mungking sebab akhirnya aku jumpa notes orang malaysia setelah dari tadi yang aku jumpa cuma notes mat bangla dan india yg menawarkan seks.atau mungkin juga sebab tu lirik lagu.

"jiwang nampak brader.baru clash ke?" send.

"haha.biasalah lelaki." balas beliau barang sejenak.

aneh.lelaki dan clash sinonim ke antonim?

"life must go on,dude~" *muka senyum *muka senyum

"thanks,nama siapa?"cliche soalannya.

dan conversation itu melarat.aku malas nak taip sebab bosan dan sangat melayu bunyinya.

"belajar ke kerja?" aku mati akal sebenarnya.

"kerja.biasa-biasa je.sebab tu awek lari." *hujan * hujan *muka sedih

"awek mata duitan macam tu patut sekeh je.haha" aku cuba memeriahkan suasana.

"yelah.kerja *** siapa pandang.perempuan sekarang ni nak laki yang kaya je.boleh dapat semua yang dia nak."

aku berhenti sekejap.berfikir.tarik nafas.

"perempuan yang kahwin sebab harta tu memang salah.tapi tahu apa yang lagi salah?bila kita kahwin sebab cinta kononnya.i catch a grenade for you?put my hand on a blade for you?jump in front of the train for you?itu sampah.cinta kononnya.tak fikir kita bakal melahirkan generasi miskin seterusnya.anak yang lahir tu nanti cukup makan ke tak.masa dia baru masuk darjah satu nanti,boleh tak kau tunaikan permintaan dia.dia cuma nak beli botol air superman.sebab classmate dia ade botol air batman.bila dia tingkatan 5.boleh ke dia sembang game apa yang paling latest masa tu.atau masa-masa macam tu.kau jangan tanya kenapa dia memberontak.akal akhir remaja dia mungkin menyoal tuhan-kenapa dia dilahirkan.dan mungkin bila dia terdesak.dia mula mencuri.atau berlumba haram.kita?kita cuma pikir cinta kita.cinta yang konon suci tanpa harta.nampak mudah.leceh.tapi tu apa yang aku nampak kebanyakan punca masalah sosial remaja sebaya aku." aku ketawa bila mesej tu tak deliver sbb melebihi had perkataan.

*padam. "perempuan sekarang bukan nak lelaki kaya.tapi berharta.sebab kadang harta tu penting.ya anggap semua perempuan tu sama.itu lagi mudah." send.

***botol hanyut adalah apps dalam wechat

  • Share:

You Might Also Like

2 Virus