Sarcasm


Lepas satu-satu budaya barat yang diamalkan di malaysia.persoalannya,perlu atau tidak?bagus atau jelek? Benar atau salah?


Ok tak mukadimah cenggitu.kahkah


Jadi mesti korang fikir aku menentang budaya sarcasm ni kan? Hell no! I love it! -contoh sarcasm.😂😂


Aku taktau kalau aku boleh panggil sarcasm ni satu budaya.tapi,yang jelasnya rakyat malaysia masih tak familiar lah dengan budaya ni.rakyat malaysia ni macam kapas-lembut dan jujur orangnya(analogi yg jelas tak sesuai).macam kebanyakan ahli politik-contoh sarcasm.lagi.

Jadi apa point aku dekat sini? Suka ke tak benda ni dipraktikkan di malaysia?

Suka.dan tak.

Aku ni bukan lah seorang penasihat.tapi cuma pemberi nasihat yang dhaif dan kudus.😅aku tahu kita seronok being sarcastic with malaysia people.sebab diorang senang percaya.cakap macam-macam,dosa ke pahala dilanggar.bila orang lain tegur katalah dia ni bodoh-tak faham aku buat lawak je.seronok kan?bila cuma kita yang faham.kita rasa kita pandai.kita rasa kita setaraf dengan masyarakat luar negara.

Nak tanya apa yang kita dapat? Aku betul tak kisah kalau lawak tu simple simple-tak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.sebab rakyat malaysia ni sensitif orangnya kalau kau tak suka,boleh pergi US sana.dekat sana lawan lah sarcasm engkorang tu.baru buku bertemu ruas.

We gained nothing from being sarcastic.except,their hatred.kenapa berusaha nak cari musuh ramai-ramai?musuh tu takyah nak cari-memang ada.yang kena cari tu kawan.kawan ni susah cari.

Kalau korang ada twitter,mesti kenal @fifirimau . ratu sarcasm.aku suka dia ni.tapi ramai yang tak suka dia-sebab suka kacau budak kpop,belieber dan bangsa johor.hahahaha.masyarakat yang senang rabak.aku ade jugak follow lelaki ni,seorang anti-femimist.aku pernah buat entry pasal feminist ni-yg aku lebih suka panggil feminazi.

Dua dua ni suka ulas isu berat.isu yang boleh buat gaduh lah katakan.aku tak sokong mana mana pihak.aku sentiasa neutral.ph7 katekan.haha.

Cuma nak korang bayangkan-apa yang akan jadi bila rakyat malaysia dah sinonim dengan budaya ni.seperti mana budaya hipster dah menerjah masuk di jiwa anak muda.kalaulah budaya sarcasm ni dah sebati.tak ke payah dah nak tau apa yang betul apa yang salah? Semua orang cakap benda yang sebaliknya.susah kan hidup?

3

Ada Apa Dengan Tembikai - Filem baru adaptasi novel



Tahukah anda tembikai lebih manis pada musim panas dan lebih tawar pada musim hujan?


dah kenapa cerita pasal tembikai pulak ni.*poker face.sekarang kan musim jerebu.okay macam tak masuk je.

ehem.

aku nak share fakta lelebih kang korang bosan pulak kan .so meh aku simplify/summarize.

senang cerita korang(for those yang tak ambil sains) mesti tau pasal fotosintesis masa darjah tiga kan.now here is the fact,tembikai memerlukan suhu 25 – 35ºC pada waktu siang dan 18 - 22ºC pada waktu malam untuk pertumbuhan yang baik-tak,aku tak cakap tembikai tu jahat pun.

so,dengan suhu yang panas cenggitu senang lah dia berfotosintesis(yakni membuat makanan untuk dirinya sendiri), dan menghasilkan rasa yang lebih manis berbanding waktu hujan.dan lagipun,tembikai ni asal nenek moyang dia dari selatan afrika,so sebab tu dia tak boleh ditanam di kawasan tanah tinggi.

apa faedahnya post pasal tembikai ni dekat korang?

well,at least korang tahu kenapa tembikai yang korang beli tak manis.nanti beli tembikai mesti teringat aku-k perasan.

dan kalau korang nak tahu,tembikai sekarang kan dah takde biji?tahu tak?tahu tak? itu tembikai kacuk sebenarnya-kacukan taiwan dan jepun.tembikai kpop takde.hemm.

then,kalau beli dekat supermarket kan.tengok label-nama tembikai tu.Jabatan Pertanian syorkan tembikai New Dragon,Super Dragon dan Flower Dragon sebab tembikai jenis ni lebih manis dan takde biji punya-cayalah-adoi.sebab tumbuhan ni hybrid F1 dari Jepun dan Taiwan kan so diorang cuma pilih characteristic yang perlu sahaja.

hah jadah apa pulak hybrid F1 tu-dia macam anak pertama lah.haha

Khasiat tembikai?Jangan korang main belasah makan tembikai sebab musim panas je.Well,tembikai ni

  • 90% terdiri daripada air
  • mengandungi vitamin c,fosforus,kalsium,natrium,kalium(garam dan gula) yang tinggi-baik untuk merawat masalah ginjal dan salur kencing.
fakta terakhir-tembikai isi kuning dan tembikai susu bukanlah benda yang sama.mungkin saudara-bau bau bacang.saudara yang jenis setahun sekali je balik kampung.tu pun hari raya-minggu kedua.

Yellow Baby ni tembikai isi kuning-kulit belang hijau tua dan hijau muda.ni jenis anak-anak tembikai merah.

Tembikai wangi atau yang kita panggil Honey Dew tu macam nama mak dia lah.anak-anak dia nama Jade Dew,New Century,Sun Lady,Sky Rocket.kulit ada yang warna kelabu atau hijau.

dan semestinya wintermelon bukanlah sejenis mereka ni.tak setaraf bak kata drama melayu mainstream abad ini.wintermelon adalah sejenis timun ya.yang yeo's ada jual air kotak yang cuma orang-orang special je kata sedap-dan semestinya aku tak tergolong dalam kalangan mereka.
credit
gambar seharusnya ala-ala hipstur gitu
0

Why Muslim Can't Be An Extreme Animal Activist


" I just have a sahur (meals to be taken before fasting) earlier. There's nothing in the fridge except eggs and chicken meat from last night's dinner.Oh My Allah,I just eat things that have a life before.The eggs were once a chick that never had a chance to grow up.And the chicken meat probably it's mother!"


tak salah defend for animal rights.memang manusia tak layak digelar manusia kalau mereka takde belas kasihan langsung pada haiwan,sebab haiwan pun berhak hidup di atas muka bumi ni.Things like fur atas nama fesyen ni sangat tak berperikemanusiaan lah bagi aku.

Kita hidup dah zaman moden,banyak lagi bahan lain yang boleh kita guna to cover our self from the cold kan.kalau kilang tu cukur bulu tu elok-elok takpe,inikan..ya rabbi kejam sungguh.

But,is it really necessary to make an extreme protest like the first picture?Those who claimed themselves a vegetarian just because the animals were once had a life like us? What about the greens itselves?Didn't they had a life before? This happens when people think everything with their logical views.

Fyi,in islam,we respect the animals even before we take their life.We do have hukum (guideline)  for it.For instance,
  • Use only a sharp tools (to minimize the pain,briefly)
  • Don't slaughtered an animal in front of other animals.
  • Do it on a soft ground
  • Not to take the pregnant mother
and etc.i just stressed out the guidelines that are relevant with this issues.See?Islam is a perfect lifestyle,but Muslims are not-because we sure always get outside the lines,not following the path.We are humans,we made mistake.

random meme.no offence i just find it hilarious-the never ending fights between the atheist and the theist.



3

Yang Sebenarnya.sincerely,Hantu.

Kajol segera menutup aplikasi whatsapp di telefon pintarnya. "Siot lah Shah ni.Time aku nak tido lah main share citer hantu,Hish"dia mendengus.Kajol menjeling lagi ke atas almari pakaiannya.Masuk kali ni sudah 4 kali dia melihat-lihat ke arah yang sama,ini semua disebabkan cerita hantu almari dari Shah,classmatenya.

"Ape yang ditengoknye te ? Dari tadi duk terjenguk-jenguk.Heran teman."ujar Hantu_A.Beliau pun ikut sama melihat ke atas almari.

"Entoh le.Dia ingat zaman ancestor kita ke main duk ataih gobok te.People change,you know."balas Hantu_B sambil melibas-libas rambutnya yang ikal mayang.

"Tapi kite hantu."Hantu_A mepersoalkan keadaan.

"Whatever.Dah lah,moh le kite tido.Esok nak join budok ni nengok DOTS."Hantu_B bersuara ceria.

Beliau kemudiannya memanjat ke kepala katil,tempat tidur mereka.




0

Zodiak.Benar atau Kebetulan?

amboi tajuk skema nak meninggal.

aku follow up jugak kenkadang but just for fun.kadang kena kadang tak kena.kadang angin gak for those yang asyik komen tak betul lah apa.bagi aku,kau belum cukup kenal diri sendiri kalau cakap benda tu tak betul.

tapi tu dulu.



lepas beberapa ketika (tak tau lah tu berapa kan) aku rasa semua benda ni mengarut.haha.aku follow cancer zodiac dekat twitter,dan bagi aku,kalau kena,orang akan retweet,kalau tak let it go lah kan.aku perhati dia pun main taram jugak tweetnya.

dan ianya juga haram untuk dipercayai bulat-bulat okay?contohnya kalau dia kata,harini kalau anda keluar rumah,rumah anda akan terbakar dan anda akan ditimpa malang selama tujuh keturunan.apa kau fikir kau mahsuri?


3

Barang yang perlu dibawa ke matrik

Mesti terfikir matrik ni belajar macam dekat sekolah ke?Pakai buku nota ke?Perlu ke bawa nota lama?

ok first,memang matrik ni pelajar dia sama umur dengan korang je,tapi dia bukan sekolah okay?bagi aku,buku nota tu untuk kegunaan korang.kalau rasa jenis buat nota dalam buku,so bawaklah.tapi biasanya budak kolej ni pakai A4 je buat nota,senang nak bawak mana-mana kan.

dan mulai tahun aku,2015/2016 matrik pahang (KMPh) apply sistem portal.kolej lain ada jugak tapi tak seaktif kami lah,sebab kami memang 100% bergantung pada nota dan latihan dalam portal.kenapa aku cakap kolej negeri lain tak aktif? sebab diorang selalu mintak nota aku.haha.

since batch kami baru mula pakai portal,kelam kabut sikit lah masa awal sem.budak beratur panjang dekat kiosk nak print nota.lepas minggu orientasi,naik je minggu kedua terus belajar kan,so lecturer ajar pun pakai nota.kalau kau takde nota memang menganga habis lah.sebab hari pertama je terus speed.so aku sarankan bawak printer sendiri kalau ada.kalau tak,pepandai lah pinjam kawan punya.tapi for certain matrik(eg:kelantan) aku rasa printer takleh bawak.so suit yourself lah.

nota lama?aku rasa nota kolej dah cukup lengkap.(at least at KMPh).walaupun ada kaitan sikit-sikit dengan topik masa sekolah menengah dulu,tapi tak payah bawak pun takpe.kalau tak faham kau boleh pergi cubic tanya lecturer.cubic tu macam bilik guru lah.

so barang yang kau perlu bawak untuk belajar di matrik :

  • A4 (yang sangat banyak XD)
  • printer
  • buku nota untuk conteng masa bosan dalam lecture.lel
barang2 lain:
  • bantal,selimut (sebarang bentuk teddy bear are forbidden in KMPh)
  • toiletries  (toilet di luar bilik ye)
  • sejadah,telekung
  • kasut sukan (warna tak kisah-ni bukan sekolah)
  • kasut kuliah (PVC hitam untuk awal-awal sem)
aku rasa tu je kot.kalau ada apa-apa pertanyaan jangan segan tanyalah ahkak ni.wahaha.
2

Kaedah Pembelajaran Di Matrikulasi (KMPh esp)

first thing first,this post is basically based on my experience.lebih tepat lagi,apa yang aku rasai sepanjang berada di sini.so far,kalau di KMPh ni boleh dikatakan sama macam sekolah asrama kecuali kau takde prep malam and petang.wahaha.lecturer sini mostly sangat bertekad untuk membawa anda ke menara gading especially lecturers math and especially lagi kau modul 1,pst (program satu tahun) memang pulun habis lah.dan kalau hw and assignment kau tak siap lecturer akan marah kau macam budak sekolah.

tapi tu okay lagi dia anggap kau budak sekolah.sometimes kalau lecturer anggap kau budak universiti,assignment yang dia tak suka mau kena campak dekat muka.yes,my friend's classmate kena.

aku ni bukanlah nak takutkan korang,tapi cuma nak bagi korang faced the reality.hidup bukan semuanya indah.kalau kau pst,kaedah pnp dia laju.satu subjek 20 topik,10 bulan.ada 4 subjek teras.satu sem 10 topik x 4 subjek dalam 5 bulan nak kejar.bayangkan jelah.tu teras.belum masuk lagi subjek merepek macam dinamika,koko,bi,dan pai(ni penting)/moral.

untuk modul 3 kitorang ada dinamika masa sem 1.lecturer dinamika especially perempuan sangat leceh.masa ni kau belajar tatanegara,perancangan majlis,debat dan macam-macam program.yes,bagi aku benda ni sangat penting for our future.siapa je nak ajar kita buat majlis bila dekat u nanti kan.untung-untung dah ada pengalaman berurusan dengan orang-orang yang leceh dan banyak ragam macam ni.ekceli,kau tak diajar pun.kau cuma kena buat dia puas hati.lel.

ni namanya kaedah forum bedal.tajuk last minute memang merepek lah.

gelabah cari isi dari internet

memang berjaya habis lah lecturer ni buat aku bad mood satu hari.hahaha.

acah-acah setiausaha negara

rehearsal majlis.tudiahh.

sem 2 baru modul 3 ambik koko.ini pun ikut untung nasib kau.yang tak bernasib baik akan dapat subjek kawad kaki.berkawad ah kau sepanjang sem.alah 5 bulan je.subjek2 koko ni pulak kena berebut.first come first serve gitu.nanti lecturer koko akan terang dengan lebih lanjut.aku dapat memanah.thanks for it,dua tiga kali lebam lengan aku.tapi nice lah experience dia.walaupun asyik kena bash je sebab belajar lambat.what do him expect?sebulan dah boleh target kuning or what?hahaha.dahlah sekali je seminggu.

tapi yang syoknya koko sem kedua ni lecturer korang bagi mandi tasik lah,berkayak,memasak etc.budak modul 1 tak dapat ni sebab koko dorang masa sem 1.

tasik.


sekarang aku akan tunjukkan contoh-contoh sesi pembelajaran.

english class-we had to make a research-created the product-do a presentation on our own.

biology lecture.ni time sem 1 boleh lah duk panggil depan.sem 2 duk kejar silibus.laju je mengajar mengalahkan bullet train.kahkah.

tak faham masa lecture? sokay. kita ada kelas tutorial.masa ni lah nak tanya pun.dan masa ni lah anda akan ditanya pun.kuiz dan test setiap kali habis topik diadakan.

english project-proses membuat pengiklanan produk.

yea we gonna focus this lecture.but first let us take a weefie.

kalau segan nak tanya lecturer.sila buat study group.library time study week(seminggu sebelum exam) akan buka pada waktu malam.

doing assignment together.

study group di library with classmate.kuncinya-pandai cari masa.

kenali diri anda.kalau jenis stay up-sila berbuat demikian,kalau jenis bangun 3 pagi study-sila bangun.effect dia anda sendiri boleh rasa.

dia mcam ni je.kalau kau rajin,campak lah dekat mana pun boleh berjaya.jangan takut gagal.nak sedih lepas dah usaha takpe.ni kalau kerjanya main game-tengok movie je lepas tu result kelaut baru orang kata nangis pun tak guna.

masuk matrik ni untuk ubah reult spm kau.tekad tu kena kuat.memang laju belajar dekat sini.semput.tapi ingat,kita belajar laju-laju bukan sebab nak degree cepat.sebab sama je 5 tahun kita habis belajar.tapi kita belajar cepat supaya kita tak leka.biar stress.ni kalau belajar nak rilek,masuklah diploma.kalau tak pandai urus diri terleka repeat lah jawabnya.

nampak macam stress? takpe.nanti aku kongsi pulak aktiviti-aktiviti menarik di matrikulasi.till then,sayonara.

0

How to survive first 2 weeks in Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)

hari pertama daftar for pantai timur.hari kedua daftar for pantai barat.lel maksud aku negeri-negeri yang jauh dari pahang.first week orientasi.macam aku dah pernah cerita dekat sini.masa orientasi nilah korang kena buat macam-macam untuk menentukan hidup korang selama 10 bulan di sini.

ini tempat segala borang yang kau perlukan.tukar modul?tukar aliran?nak ambik barang post?semua ada dekat pejabat hal ehwal pelajar (HEP).beware,HEP ni mulut binasa sikit.jumpa bagi salam leklok.pastu baca ayat kursi kuat-kuat bagi insaf.


paling penting bagi aku,pertukaran modul.yes korang memang dah ditentukan modul masing-masing,kan?for instance,

module I    :chemistry,physic,biology
module II  :chemistry,physic,science computer
module III :chemistry,science computer,biology

and ada juga aliran technical and account.

and yes,masa orientasi kalau masih tak jelas pasal modul,boleh tanya akak/abang fasi.diorang takkan gigit punya.and no..,modul takkan mempengaruhi masa hadapan anda.mungkin sikit,dari segi coarse yang korang nak sambung dekat universiti nanti mestilah kena ada kaitan dengan modul sekarang right? tapi kalau ada orang kata modul satu paling menjamin masa hadapan sila baling lada hitam kuat kuat dekat muka dia.

fyi,modul satu tough.tapi kalau korang suka fizik,silakan.aku dapat tawaran untuk modul satu,tapi sempat seminggu je belajar.sebab lepas tu pertukaran aku baru proceed.aku tukar ke modul tiga.this is crucial.kau kena arif betul dengan matlamat kau.supaya nanti tak menyesal.aku tukar sebab aku memang takleh go on dengan fizik and alhamdulillah walaupun sc comp subjek yang baru dalam hidup aku,belajarnya takdelah susah kalau kau minat.so let me explain bout the subject lil bit.

chemistry
wajibul ghunnah.lel,bak kata lecturer chemist,chemistry is a queen of science.sem 1 korang akan belajar benda yang sama macam form 5,mungkin further sikit.sem 2 banyak organic chemistry-struktur-struktur molekul.best belajar organic chemistry ni sebenarnya,tapi sebab banyak sangat nama molekul nak kena hafal jadi agak mencabar lah.

physic
since aku sempat belajar seminggu je,pada aku minggu pertama je aku dah lost.kahkah.tak minat wa cakap lu.lecturer kuliah pulak garang nak mampus,aku bersyukur lah tukar.tapi mengikut roomates aku,memang sem 1 banyak lost lah.experiment pun asyik kena buat graph kan,tapi kalau rajin boleh lah korang catch up,insha Allah.dan fizik jugak antara subjek paling banyak topik masa sem 1.wahaha.

biology
macam biasa lah menghafal ye dak?sem 1 bagi aku kacang panjang je lah.(bongkak riak,takbur lel)pastu sem 2 tercirit dibuatnya.hahahahaha.topik pertama je dia bagi kau macam-macam jenis species kena hafal.salah ejaan je menangis jelah kau sia sia wahaha.sem 2 jugak kau banyak belajar mechanism.darah,jantung,pokok dan semua jenis kitaran hidup lah.tapi best,serius.lagi-lagi lecturer kau best.

science computer
kalau kau rasa ni subjek komputer sama macam kau belajar time tingkatan 1 kau silap.dah nama taraf kolej kan,haruslah upgrade disitu.mungkin sem 1 senang lagi kot,setakat menghafal  basic-basic boleh lah kan.tengok sem 2 satgi.mau tercirit belajar programming baq hang.kahkah.error kalau tak beratus tak sah.

account
aku ada kawan dalam bidang ni.tapi tak ambik tahu sangat.yang aku tahu,budak akaun paling banyak gap masa.asyik ke kafe je kerjanya.wahaha.then paling ramai dapat 4 flat.tapi faedahnya competition tinggi lah nak masuk universiti.faedah ke tu?

technical
matrik teknikal tak banyak.yang aku tahu ada satu dekat pahang tapi bukan dekat kolej aku.aku lupa sebenarnya walaupun aku ada kawan dekat situ.tapi dia ada cerita,teknikal ada tiga-chemical engineering,technical engineering,electrical engineering.tu je aku tau.kalau nak tau lebih dm aku dekat twitter.nanti aku mintak dia jelaskan.

most important here.kalau kau rabak sangat takyah pikir panjang.takyah dengar cakap orang.ini susah itu senang.aku pun macam korang dulu.elak migraine je.experience dulu baru kau rasa susah senang.mana ada belajar yang senang ye dak.nak senang duduk bawah ketiak mak tu senyap-senyap.point aku dekat sini,belajar je dulu.dapat ke tak dapat universiti tu ikut rezeki dan usaha kau,bukan sebab mak timah sebelah rumah yang tentukan.tak dapat universiti,masuk kolej swasta.tak mampu pinjam.hidup kena teruskan.kau belajar rajin-rajin,kau cerdik macam mana pun,kalau ditakdirkan malaysia bankrupt suatu hari nanti kau dengan aku duduk bawah jambatan jugak.lel.

nah belanja gambar doktor acah.-chemistry lab

ni depa main-main buat figura imaginasi.lel.-chemistry lab

test darah.MASING-MASING ye.kalau tak berani suruhlah kawan tolong cucukkan.haha.-biology lab

sebelum aku lupa.sebelum lab,korang kena salin lab manual.nanti lecturer cerita gak pasai ni.dengar betul-betul na.lain lecturer lain kaedah dan spesifikasinya.ikut jelah kepala dia okay?dan ya,minggu kedua tu jangan rasa macam sekolah pulak ada intro dari lecturers.masuk kuliah bedal belajar teruih.sila print nota awai-awai.nota ada dalam portal.kalau malaih,bawak buku nota.tapi kalau hang malaih,kena marah dgn lecturer aku tak tanggung na.lecturer KMPh ni macam cikgu sekolah sikit.

nanti aku update pasal suasana pembelajaran di KMPh pulak.
5

Minggu Orientasi Matrikulasi Pahang (KMPh)

the taste of hell.haha.siapa je yang suka orientasi baq hang?since matrik pahang ada pdt(program dua tahun) so we had seniors.acer konon seniority diamalkan lah disini.tapi berita baik,masa orientasi je kita jumpa diorang ni.masa belajar,nak jumpa kawan sekolah pun payah wa cakap lu.hahahaha.

so,since dah habis matrik ni,boleh lah ceritakan sedikit sebanyak pengalaman aku dekat sini kan.untuk adik-adik(lel)yang bakal masuk sini perhaps?

dewan (lupa nama.kahkah) on the very first day.dewan di mana modul yg tak bernasib baik selalu exam.panaih baq hang.aku(modul 3) exam di library okeng.

kunci bilik.it stand for blok A2,aras 3,bilik 7.

meja study (pardon the mess)

katil.satu bilik 4 orang.

macam korang tengok.bilik tu cukup luas dah.sorang satu katil,almari,rak buku,meja study+lampu study and plug.cadar and bantal bawak sendiri punya.kalau kau gigih,belambak je bantal dekat stor,tapi kau takkan sanggup nak ambik.buahahaha.setiap kali sem baru,akan ada jualan bantal and kelengkapan apa segala jua dekat parking bawah.so jangan risau kalau tak sempat buat persiapan okay?and kolej ni jugak sediakan towel.semua bayar sekali bawah yuran.dan korang jugak akan dapat 3 helai baju kolej.warna lain setiap ambilan baru,so sem korang aku taktau lah kaler ape.

for science stream students,uolss will get this lab coat.sekali bawah yuran.boleh acah-acah doktor gitew.tapi masa minggu kedua baru dapat.


kad matrik batch kitorang.jangan risau zaman ni korang semua dah dibenarkan pakai tudung colourfull.aku je noob.wakaka.

masjid tingkat 2.


the view from mosque.sebelah tu track and padang.kita boleh pinjam alat sukan(raket tenis/squasy),bola atau basikal etc every evening or weekend.


view dari belakang masjid


semua klej akan buat benda ni.aktiviti paling siot sekali.

taubat aku kata.seniority terselah nak mati masa ni.menyumpah-nyumpah aku dekat senior.kah kah.kejap duduk kejap berdiri.angkat beg atas kepala bagai.dah lah kena datang sini berlari.mau tak nye,blok aku dah paling jauh.atas bukit nuh.blok A1 dan A2 memang pancit lah time orientasi.serius nak mati rasa ulang-alik baq hang.pastu nak nya lecturer masa tu pi raging siapa yang lambat kena lari satu round track.pejadah,dah lah penat berlari kena lari lagi.memang fuh fuh lah mulut aku.lel.


hasil?ni dah okay sebab aku letak plaster.fahamilah sengsaranya kena lari dengan kaki melecet.fuh.

sekian sahaja untuk orientasi.satgi aku update lagi info yang korang perlu tahu untuk survive 2 minggu pertama di matrik.seram bukan?lel.

Back to Top