0

Cerita lawak ramadhan pertama

Dah seminggu puasa baru keluaq ceqita ramadhan pertama baq hang..

Cerita takde lah taraf lawak antarabangsa tapi bagi aku yang mudah terhibur ni,agak lawak lah.

Dlm hujung bulan lepas,aku mintak kerja dekat satu pasaraya kecik ni...maklong lah (bukan typo),duduk dekat bandar kecik ja.pasaraya ni takdak pekerja lelaki..which is nice,tapi semua kerja lelaki org mcm aku yg tough ni lah yg kena buat.angkat karpet dan angkat pintu kedai.pagi2 dah bina muscle haa.tapi tu bukan lawak dia..

Tetiba,di suatu pagi yg indah..sehari sebelum ramadhan..satu arahan dikeluarkan..lebih kurang macam ni lah,

"Bulan puasa ni,HQ suruh pakai lipstik.maklumlah..taknak lah nampak pucat kan.takpe,lipbalm pun okay"

Aku tercengang.masa awal2 mintak kerja tak bagi tahu hal ni.aku pun ligat pikir,takpe lipbalm pun okay dia kata.tapi yg kata tu bukan bos,dia punya assistant.

Nak dipendekkan cerita,esok manager ada pagi2.semua akak2 senior tampil dengan lipstik semerah naga tasik chini.aku gigit bibir dengan motif nmpak lah merah sikit.😒😒dungu.tetap kena marah.

Aku pun apa lagi.defend lah diri sndiri.. "Kata semalam boleh pakai lipbalm?" dan sekali lagi ditempik, "taknak!nak merah!" .dan haritu baru aku faham,arahan assistant tak sama dengan arahan manager.lutut dia😤

Aku nak nagis sebenarnya kena marah depan orang disebabkan lipstik je,tapi aku tahan je lah..benda simple watlek watpis lah kan.tapi bukan setakat kena marah wa cakap lu.kena paksa tenyeh lipstik haa..3x pulak tuhh..adess.pakai sekali..sapu.kena marah.dua kali.sapu sikit.kena lagi.katanya tak nampak.apa kau nak tunjuk dekat orang? Orang nak beli barang,bukan nak tengok bibir ko merah ke tak.aduihh masyarakat...

Sepanjang pagi tu aku senyap je.malas nak bukak mulut.malu tuhan je yang tau.tak pernah sepanjang hayat aku pakai lipstik setebal tu.aku tunggu zohor dengan penuh sabar.azan je,aku terus pergi toilet,cuci lipstik.lepas ni nak marah..marah lah.kau tak solat boleh lah.hmphh.

Manager balik petang tu.sebelum tu,aku duduk dekat rak belakang-belakang taknak bagi nampak muka aku.lepas tu maghrib.bukak puasa hari pertama ramadhan.ok,sekarang ni part lawak dia..

Ada dua tikar plastik yang diorang reject sebab ade kartun babi atas dia.tapi sebab kitorang bukak puasa ramai2 depan kedai(sbb kedai still bukak waktu maghrib) so,takde benda nak alas selain tikar tu.yang menggelikan hati aku,diorang macam hesistate lah nak duduk bukak puasa atas tu,because of that babi.siap tanya lagi.."korang tak kisah kan? Kang nak solat maghrib?"

Hah? Kena samak ke kalau duduk atas babi plastik? Kau orang couple,make up beriya,tak tutup aurat tu takde sape rasa hesistate,malu,takut..takde sape tanya korang okay ke? Okay ke langgar perintah tuhan? Tapi tanya boleh ke solat maghrib kalau duduk atas babi tu?

😂Aku terhibur,sesungguhnya.dan itu hari terakhir aku kerja dekat situ.Aku harap tuhan bukak pintu hati diorang dan kau orang yang baca ni.wallahualam.Assalammualaikum.Salam ramadhan.

Back to Top