0

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER


Hai peeps. Seperti yang dah bagitau pada entri lepas, memang nak share pasal this one girl-my very bestfriend. Then, come across this contest. What a coincidence! Haha.

Nurul Nadhira Bt Abd Wadi. Yep,beautiful name with beautiful features.


Obviously dia yang putih macam tisu tandas tu hahahaha. How many years already? 10 years and still counting 😁.

Here's the story on how i met  your mother her. Lol. 

Darjah 5 dia datang *tet net net , dengan lengang lengguknya. Rompin ni suburban area. Small city. The folks and kids were born and raised with pessimist and conservative thinking. Well,she. She came from state capital of Pahang,which is Kuantan. 

Kami tak boleh tengok orang pelik sikit. Dasar kampungan hahahah. Kami panggil dia gedik dan bajet cun (obviously sebab kami semua budak pantai with tanned skin and she's not) Lmao,rotten kids already. 

Memang teruk habis dia dipalau. Mula-mula aku pun tak suka dia sebab semua orang tak suka dia. Amende? Haha.

And then,ada sorang budak kelas aku ni pergi tegur dia. Masa tu takde orang dalam kelas. Only two of them. I cant help but being curios,haha. Aku pun join, mungkin sebab masa tu rehat tapi vitagen Kedai Cik Malik dah habis dirembat budak tahun 6-jadi aku pulang ke kelas awal membawa perasaan hampa. Mungkin lah.

Cerita punya cerita. Mak aih,sedih jugak jadi beliau ni. Rasa simpati mencurah curah ke daun keladi. Eh? Jadi aku pun decide nak kawan dengan dia dan mengharungi liku liku terakhir sebagai budak sekolah rendah yang suci murni.

Walaupun bukan aku yang approach mula mula,dan rasa seperti perampas pun ada. Dari situ lah aku mula baik dengan Nadh Blur ni. Dia ni nampak je cantik,dia punya blur boleh bawak gaduh. 

Jadi begitulah persahabatan kami bermula. Kalau nak cerita pasal dia ni,sampai laut merah tu boleh jadi kuning pun takkan habis. Time dia jadi pengawas sekolah dan bergaduh dengan group pengawas yang dinamakan sempena iklan susu Bestari, akulah yang jadi posmen pengutus kematian (kata-kata) mereka. Dan banyak lagi cerita yang aku tak ingat. Mana nak ingat, sibuk nak UPSR. Omg,rasa tua sebut UPSR. Ade lagi ke tak UPSR tu sekarang.

Dah tak jadi appreciation entri pulak-lebih kepada mengumpat rasanya.Haha. Apa apa pun, jauh ke dalam jiwa ni aku harap persahabatan ni kekal sampai bila bila. Sebab dia-AKU SAYANG GILA!
2

Happy Belated Birthday!


Semalam birthday aku. Thank God,takde yang wish dalam group. Aku sangat sangat sangat tak suka orang wish dalam group,for no reason.

Syok sendiri ke tu buat entri pasal bithday sendiri? Haha,tidak..tidak.. Aku tulis sini sebab benda ni tak boleh cerita dekat twitter. Nanti terasa. Well,berdasarkan cerita ni,aku yang patut terasa.

Masa aku dalam tingkatan 1 atau 2 tak ingat. My bestfriend plan birthday surprise gitu depan taman depan rumah aku. It aint no surprise pun sebab aku dengar motor lalu lalang and I peek out to see what they're doing. Punyalah lama plan ape entah,aku tunggu je belakang langsir,nak acah terkejut lah nanti.Kesian pulak buat surprise tak jadi kang.Haha.

First,aku terkejut sebab depa bawak laki sorang. And I hate the idea. Tak kisah lah kau pakwe sape tapi I really hate it. Then,nyanyi nyanyi pe semua macam biasalah aku ni communication skill dari kecik sampai la ni kelaut. Depa yang banyak borak,lebih dari aku. Taktau birthday siapa jadinya.

Then,dah borak borak.Haus lah kan. Tapi depa tak bawak lah air kan,naik motor nak letak dalam seat pun tak celuih. Aku lah pi balik rumah buat air dengan bawak cawan semua. Yang tolong bawak cawan sorang jelah. Bestfriend aku tu.

Kesimpulannya,aku murung terus bithday plan jadi cemteik lagi lagi mak aku perli. "Birthday hang ka birthday depa taktau." Sampai sekarang lah kot,aku tak suka sambut birthday.

Dan aku pun tak suka perhatian macam kau nyanyi lagu kuat-kuat dekat public wei what Im supposed to do? Cringe.

Tapi 100 markah lah sekurangnya depa ingat aku lagi kan.Semalam pun bestfriend aku tu sambut birthday aku.Bawak kawan lain semua.Belanja pizza walaupun roti dia lagi banyak dari topping. Tapi apa apa pun aku APPRECIATE lah. Payah dah nak jumpa kawan susah senang ni. Nanti aku buat this girl appreciation entry pulak.hee
2

Budak Hostel Rebel I

Cerita ni masa aku form 5. Akibat kecewa dengan sistem SBP, aku bercampur dengan budak2 nakal. Motto kami satu je. 'Nakal buat modal untuk cerita dekat anak cucu'

Dipendekkan cerita,malam tu satu dorm tak pergi prep malam. Yang paling tak best prep malam ni dahlah dekat kelas,pakai baju kurung,bising dan sebenarnya kerja sekolah tak pernah siap pun sebab sibuk bergosip tau tau dah pukul 11.

Jadi kami satu dorm berpakat nak lepak dalam bilik je. Dorm hujung. Sebelah rumah warden tinggal. Tak berpenghuni dari dulu. Jadi kami ingat warden tak jenguk lah sampai ke hujung. Malangnya,malam tu memang suwei. 😂

Aku duk layan movie dekat katil atas dengan kawan. Tiba-tiba liquid tape terjatuh dari katil. Pintu terbuka dari luar. "Ya Allah kamu semua ni tak pergi prep ke?! Keluar sekarang sebelum saya panggil ustaz(warden lelaki)".

Muka aku paling dekat dengan pintu wei! Semua orang macam clueless atas katil memasing,and warden tu still dekat pintu. Aku slow2 turun katil kutip liquid tape yang tape dia dah terabur keluar pergi sudut hujung konon nak baiki padahal nak sorok muka! KAH!

Budak yang baik baik dah gelabah sarung baju kurung pergi prep. Disebabkan aku dah berpengalaman(?),dan takut pulak kena bahan dekat kelas. Jadi kami pegi naik dorm lama(sebelum form 5 semua kena pindah dorm bawah,kami semua bercapur tingkatan satu dorm) dekat aras dua. Dorm tu dorm aku sebelum ni. Kami pasang skirting keliling katil. Port baek!

Makanya,aku terus menyorok bawah katil hujung sekali dekat dengan tingkap. Kawan aku nyorok katil sebelah. Nyamuk pulak malam tu ya tohannn! No mercy omputih kabor. Ada kawan aku yang kecik kecik tu bolehlah menyorok antara almari tu. Nyamuk dekat situ tak diketahui pula banyak mana. Sebab aku pun sibuk check kawan sebelah ada lagi ke dah cabut tinggal aku sengsorang.

Aku pun tak tau berapa yang tinggal dalam tu sebenarnya sebab kami tak bukak lampu. Berbekalkan lampu kalimantang koridor je. Dalam sejam cemtu,kawan aku ni nakharom lak hilang sabor,entah kerasukan ape entah pergi sengsorang turun. Katanya nak pergi prep. Lepastu ade lagi sorang follow. Tak tahan kena gigit nyamuk kot. Alahai saitan betul. Tak tahu pula berapa yang tinggal dalam dorm gelap zulmat tu?

Aku pun dah sesak napas menyorok bawah katil. Baru nak follow turun,tetibe dengar suara ustaz tengah bercakap cakap dekat bawah. Terus tak jadi aku nak keluar. Nyamuk pun nyamuk lah! Aku pun tak ingat apa kesudahan cerita ni. Yang penting aku tak kena tangkap walaupun budak asal dorm tu dah pelik2. Nasib baiklah memahami senior dia suka ponteng prep. Haha.

Esoknya aku acahlah nak maroh kawan aku ni. Tak setiakawan langsung! "Kau jumpa ustaz ke dekat bawah?" "Takdelah. Aku tukar baju terus ke prep. Ustaz dekat kelas kot." Ah sudah..
3

Selamat Hari Ayah!



Here is my Ayah's appreciation entry

haritu aku agak moody. So today im about to brag out about my awesome Ayah 😇

-Dia ade sixth sense.Aku cuma perlu rasa nak makan pizza. Eh,petang tu dia bawak balik pizza. Aku tak pernah bagitau dia. Awesome.

-Masa baby kalau kitorang hidung tersumbat hidung sebab selesema, dia sanggup sedut keluar pakai mulut dia. Mana nak cari laki cemtu sekarang wei? Tell me.

-Kami adik beradik duduk asrama tak pernah balik atau pergi naik bas. Kalau nak naik bas kena marah hmm hahaha.

-Kalau dah lama tak balik sebab tak dapat cuti,ayah yang akan datang sendiri walaupun jauh jenak unibersiti. Sobs.

-Duit tak payah mintak. Kalau cakap dalam bank ada banyak lagi, dah dah lah tu. 'PAP', rm1015000 masuk. ceh.

-Selalu mak tepon (kini ws je T_T) tanya khabar tapi aku tau ayah yang suruh kol. Sobs kali kedua.

-Dia pengemas gila.Kadang masa aku tengah tengok tv tulah dia nak vacuum karpet. Eh? Haha

-Dia selalu tolong mak aku buat kerja rumah. So suwit.

-Sekarang dia kawal marah dia.Kalau dulu,berlari dalam rumah kena marah.Makan dalam kete kena marah.Tulisan buruk masa tulis borang kena marah.Demam kena marah. Hajajsjshahhaaja.

Haha im done! Apa apa pun,sayangi lah ayah anda selagi dia masih hidup. Ayah pernah bagitau dia nak berenti kerja and jual kain dekat pasar malam dengan aku.Waktu tu aku faham,dia nak cakap dia penat kerja. Im so pissed off dengan orang atasan yang bajet bagus tu.Turun padang taknak,tau bertempik je.Aku janji nak belikan dia Harley Davidson. Tunggu yah.. 😢😢

Nah aku belanja Lagu Cecilia And The Satellite. Khas buat Hari Ayah.


0

Deep dark fear


Aku pernah konvoi motor dengan puak lelaki semata mata sebab 'kawan' aku ajak pergi rumah kawan rapat aku. Kira nak beraya rumah bakal mentua tapi taknak nampak obvious. Sekurang2 nya aku ade as wakil perempuan.Aku travel atas highway kot. Aku dahlah penakut lori. Diorang semua bawak laju,aku pun ikutlah pecut takut kena tinggal padahal aku naik ego je.

Bodoh jugaklah sebab aku pun suka 'kawan' aku tu. Kalau diorang gaduh, 'kawan' aku tu selalu mintak tolong aku. Hahhaahaha.

Bila dah besar ni aku jadi takut.Aku bina tembok tinggi tinggi supaya aku tak jadi bodoh lagi.

Oh ya,diorang sekarang dah putus. Sebab kawan rapat aku tu sangkut dengan junior masa dekat asrama. Aku tak bodoh,nak angkut sisa sampah orang LOL.
0

Kiah

Aku lupa rupa Kiah,tapi aku ingat yang dia tinggi dan cantik. Aku intake kedua,kalau aku main sebat je,aku ingat Kiah dengan kawan kawan dia senior. Intake kedua tak diberitahu dalam dorm tu semua sama umur. Intake kedua dicampak,dan dibiar survive sendiri. Thats how SBPs work.

Masa satu batch kami kena dena denda kem jati diri sebab guys bergaduh dengan senior,kitorang pergi hutan mana entah balik jalan kaki. Pumping dalam laut,jadi pasir tambahkan teruk luka bergesel peha sebab aku gemuk. Aku sampai asrama jalan jungkit jungkit.

Sepanjang jalan balik,junior penuh tepi balkoni. Warden kata, "itu pengajaran bagi batch yang degil" Aku rasa senior lagi syaitan,tapi sebab diorang cerdik jadi masalah selesai.

Aku naik bilik terus mandi. Shit,burn habis luka aku sebab kena jemur tengah panas tadi. First time aku tido pakai kain sekolah lepas sapu minyak gamat. Nasib baik esok cuti,jadi boleh sodorm je. Kalau tak,aku kene turun tingkat empat mengesot pakai tangan.

Masa aku naik katil (double decker), baru perasan Kiah berselubung dekat tengah dorm. Yelah,dari tadi aku duduk menyumpah cikgu pkbm yang buat aku jalan jungkit seminggu. Kawan sedorm tanya kenapa?,aku just dengar dengar ayam (?) Sebab masa form 4 aku agak 'apa korang nak buat-buatlah,janji aku masih hidup'.

Rupanya Kiah ada penyakit perut kronik,baru lepas operate tapi semangat batch dia menebal dalam diri.Takpelah,setahun lepas tu dia jadi penolong ketua pelajar. Yelah, jalan kaki berkilo kilometer macam tu siapa je tak sakit. Sekurangnya sakit hati. Aku assume dia dah dirawat dan balik naik pajero. Tapi still pelik lah sebab dia tak kena tahan ward.tapi pelik aku tak lama,sebab lagi lama aku tidor. Kena bangun pukul 3 pagi kot-kasik can lah.

Kiah masih hidup esoknya. Tapi aku tak ingat apa jadi lepas tu sebab aku tak kisah sangat. Lepas dia jadi set set MT(majlis tertinggi) setahun lepas tu, dia duduk bilik asing. Bilik pink namati yang pelajar biasa masuk sebab ada problem je dan satu satunya bilik yang ada meja studi. Aku lagi lah tak ambik kisah dengan dia lepas tu sampailah dia panggil aku dengan budak budak lain pergi bilik tu pada suatu malam.

Kena panggil dengan MT tak cuak mana,aku lagi cuak masa diorang suruh aku jadi Biro Dobi. Like, wtf mayn. Alasan dia masa form 4 aku yang paling rajin basuh baju. Seminggu sekali. Yelah, diorang sebulan sekali baru bawak luggage masuk dobi.

Aku rasa sekarang Kiah sambung medic kot. Bila sembang dalam group, diorang tak main lah soalan "bila cuti sem", tapi "bila nak balik Malaysia". Sebelum masuk U Kiah ada pesan, "Janganlah korang nanti join kelab-kelab politik partisan"

Oh Zakiah.



0

Eksperimentalis






Hi all, aku takde event menarik mana nak kongsi,sebab aku tengah cuti sem sekarang.so mereput jelah dekat rumah.just nak kongsi eksperimen2 warna yang aku usahakan (poyo) supaya blog ni tak nampak macam kena tinggal haha.
0

How to use my cbox awesomely


 First,click the green icon. Its kinda like registering your profile.


You may now put your blog's url, and your avatar will also appear awesomely.

Then,enter your nickname as well as your message. Happy blogwalking!
2

That tiny broken pieces

Aku annoyed. Aku tak suka pandang muka orang bila dia buat aku annoyed. Immature isnt it? 

Tak sampai sebulan aku dah annoyed dengan rumah ni. Semua orang memendam. Masing-masing jaga perasaan,taknak keruhkan keadaan. 

Tapi ayah.. selalu buat aku annoyed. Aku taktau lah kenapa dia selalu macam tu. Dia tak ade role model sebab dia anak lelaki tunggal? Sebab dia cuba nak faham anak dia walaupun dah terlambat? Sebab dia sayang anak dia? Bagitau lah! Aku tak faham! 

Aku rasa bersalah setiap kali aku annoyed dengan dia. Rasa bersalah ni memenatkan tahu? Aku nak marah,tapi aku tak boleh. Aku nak menangis,tapi aku tahan. Sebab dia yang paling banyak susah. Its really worn me out.

Aku kesian dengan adik. Beza umur dia jauh dengan kami. Kami semua duduk asrama masa dia kecik. Aku tau..dia kurang sesuatu. Aku selalu marah dia untuk lepaskan stress. Tapi kau tahu kan? Joke arent that funny when times gone.

Aku marah sebab dia selalu keluar malam. Ayah marah sebab dia main game sampai pagi. Dan dia tak suka makan nasi. Dan ayah bagitau tadi dia 'babil' masa buka puasa tadi. What are he supposed to do then? 

Dia jadi sangat senyap sekarang. Aku teringin nak ada adik yang aku atau dia boleh borak pasal rahsia kami. Pasal orang yang kami tak suka,atau crush yang kami takkan dapat sampai bila-bila. Tapi adik aku terlalu senyap. Aku tak dapat teka,apa dia marah? Apa dia sedih? I guess this siblings goal only apply on korean drama isnt it? 

Dan aku baru sedar..dalam ramai-ramai kawan lain lain sekolah yang aku ada..tak ada sorang pun yang aku boleh share masalah aku macam ni. Dan aku lebih suka share cerita ni dekat sini sebab tak ade yang kenal aku macam mana.Sedih kan? Keluarga aku nampak paling tenang,tapi aku tetap tak tenang.


0

Di mana silap kita?

Aku baru habis baca satu novel dubook. Sekarang aku nak review buku tersebut. Tajuk dia Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang. Mungkin ada yang dah pernah baca, tapi aku peduli apa heh

Banyak isu berat yang dikupas sebenarnya. Banyak sangat untuk disenaraikan.semuanya berkisar peranan mahasiswa yang fungsinya bukan setakat belajar subjek subjek berkenaan course yang diambil,tapi juga fungsi mahasiswa sebagai penyelesai masalah rakyat. Perasaan aku bercampur baur semasa membaca buku tersebut. Memanglah tidak kita membaca dengan perasaan,tetapi setidaknya seruan seruannya lantang terkesan di hati aku sebagai pembaca.Dan juga sebagai mahasiswa.

Penulis banyak menempelak mahasiswa yang dikatakan lebih teruk dari tong kosong. Iaitu mahasiswa yang tak bersikap. Tidak langsung ingin mengambil tahu akan hal semasa. Aku separuh bersetuju dan separuh lagi tidak. Anggaplah coretan kali ini sebagai maklum balas suasana sebenar mahasiswa generasi aku.

Apa masalah sebenarnya?

Biar aku mula dari zaman aku bersekolah menengah rendah. Benarlah yang dikatakan penulis, guru dan pegawai atasan sibuk memastikan murid2nya cemerlang untuk PMR. Aku selaku murid kelas hadapan sering ditekan,diberi kelas tambahan,diwajibkan bengkel peperiksaan. Untuk menghafal skema jawapan. Tidak hairanlah jika markah PISA,TIMSS pelajar Malaysia masih antara tercorot walaupun PMR,SPM mencatatkan peningkatan setiap tahun. Nak tahu apa yang sekolah lakukan kepada murid kelas belakang? Mereka tidak dibiarkan,namun diberikan kelas insentif agar tidak menurunkan gred sekolah. "Tak dapat A takpe,jangan gagal".. mereka sudahpun berputus asa sebenarnya.

Salah siapa sebenarnya?

Aku tak menyalahkan guru2 tersebut. Mereka juga diberi tekanan yang lagi hebat. Silibus berjilid jilid harus dihabiskan sebelum PMR/SPM,kerja kerja pengkeranian juga menambahkan lagi beban sedia ada. Ustazah yang paling kool pun terkesan dengan tekanan sebegini. Akibatnya,murid akhirnya disuruh menekankan silibus yang cuma masuk peperiksaan. Terhasillah soalan spot,hafal skema jawapan,dan sebagainya. Dari belasan tahun sudah diajar sebegini, apa yang diharapkan jika kami bergelar mahasiswa? Perkara sama berulang. Malah lebih dasyat.

PPSMI satu perkara bagus atau tidak?

PPSMI yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bertujuan untuk mencapai wawasan 2020 nya. Kata penulis,sebuah jalan singkat untuk menjadikan pelajar Malaysia separa dengan aras pendidikan dunia,lantas membakul sampahkan bahasa ibunda sendiri. Aku kira ada betulnya,negara seperti Jepun dan Korea Selatan semuanya menggunakan bahasa mereka sendiri. Namun markah TIMSS mereka antara yang terbaik. Tapi jika kita lihat kembali masyarakat mereka yang sangat mendewakan bahasa ibunda sendiri, sehingga simple english pun punah,aku fikir ada baiknya juga kita menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua.

Yang tidak bagusnya, apabila aku lihat jika berlaku perdebatan di twitter misalnya, mereka yang menggunakan bahasa inggeris akan dipandang lebih berpelajaran,lebih berkelas. Ini sudah menyimpang jauh sebenarnya. Bahasa melayu sudah dirojak dan selebihnya cuma kata kata kesat. Usah ditanya mana perginya keagungan lingua franca kita dulu.

Kebebasan akademik Mahasiswa dan AUKU

Aku mengaku aku bosan dengan politik Malaysia. Bagi aku, sesiapa sahaja yang naik menjadi perdana menteri akhirnya sama saja. Apa kalau parti pembangkang akan jadi lebih teruk dari parti kerajaan sekarang? Campur tangan media yang suka menyokong satu pihak dan memburukkan sebelah lagi pihak jugak membuat aku muak. Salah seorang kawan aku yang dalam kalangan pelajar 'perform' pernah berpesan, "masuk u nanti jangan masuk mana mana kelab berfahaman partisan.Nanti bergaduh dengan kawan."

Penulis memberitahu tidak salah mahasiswa berpolitik partisan asalkan bijak membahagi masa. Tidak semestinya rosak masa depannya jika turun demonstrasi jalanan untuk menuntut hak kebebasan akademik..atau apa saja. Aku tak suka. Bagi aku,apa gunanya pelajar politik sosial? Kami semua ada major masing masing. Kami berjuang mengikut major masing masing. Bagi kami ruang dan masa. Demonstrasi jalanan bagi aku sesuatu yang taboo dan tak berguna,kerana kerajaan tidak mengambil tindakan selanjutnya pun,malah dijadikan bahan politik.

Sudahlah subjek sedia ada banyak yang perlu hadam, malah kami perlu menyelesaikan masalah masyarakat pula? Di mana perginya pakar pakar negara? Soalanya sekarang, pakar yang sibuk menentukan masa depan mahasiswa tak pernah turun padang memantau mahasiswa. Yang dibuat, laporan akademik setiap universiti, ranking.ranking dan ranking. Jatuh ranking sahaja gelabah menukar akta pendidikan. Pening tahu?!

Aku tahu tak banyak fakta dan data2 yang aku kepil sebagai bukti. Tapi jadikanlah ni sebagai satu usaha awal untuk aku bereaksi melalui medium yang kena dengan jiwa aku. Bukan berteriak di jalanan. Haha sekian.
0

Sepi seorang perempuan

Dia memutarkan lagu itu untuk keseratus kalinya. Lagu itu keluar pada tahun 2009 namun baru hari ini diketahuinya. Itupun selepas pencarian rawaknya di youtube tiga hari lepas.

Punat 'pause' ditekan. Telinganya mulai muak dengan suara perempuan menjerit dari dalam 'earphone-nya'. Langit yang tadinya merah menyala mulai kelam,sekelam hatinya sekarang. Kosong seperti selalu. Berakhir satu lagi obsesi yang dicipta hanya untuk menenggelamkan sepi yang tersisa. Dia perlu mencipta obsesi seterusnya.

Pintu dikuak dari luar. Kuat telinganya menjamah bunyi berdentang dentung antara kelengkapan mandi 'roomate'-nya itu. Bingit. Tapi,tak terendah. Tak terluah. Masing masing sudah besar berakal, tak perlu ditegur untuk hal remeh seperti itu. Itu yang dirasanya,sejak matrikulasi,sejak sekolah berasrama penuh,sejak kecil.

Ramai yang menyangkal dia tak punya perasaan. Kebal isinya. Tapi cuma dia saja yang tahu. Cuma dia saja yang mencarut dalam hati. Dan ya,tuhan juga tahu. Dia kadang lupa akan hal itu.

Lagi seminggu sem dua akan berakhir. Itu bererti lagi seminggu juga hidupnya di asrama ini akan berakhir. Dia tidak lagi mendapat kemudahan tinggal di asrama. Markah merit yang kurang,agaknya. Tak pernah kisah. Cuma rakan sekeliling yang kisah. Yang sedih. Yang kesian.

'Earphone' buruk itu disumbat ke dalam lubang telinganya. Lagu tak dipasang. Nota di hadapannya cuma menjadi penyeri meja. Hanya jasadnya yang tinggal di kerusi melengkung dan tak pernah selesa itu.

Dia cuma tersedar ketika bahunya disentuh.'Earphone' di telinga kanannya dicabut. 'Roomate'-nya bertanya sesuatu yang aneh. Oh. Dua minit setengah dibazirkan untuk meneliti sisa sisa soalan yang sempat menjamah telinganya. Jawapan kepada soalan itu ada ditangannya. Dia belum menyelak nota bahagian itu. "Tak tahu.Tak baca lagi." Ujarnya seraya senyum sekadar mampu.

Begitulah hidup seorang perempuan itu. Dan ya,perempuan itu aku.

Semangat pada awalnya, bosan seawal tiga hari selepasnya. Bosan dengan diri sendiri,dengan sekeliling. Pernah juga dia terfikir, apa perlu nanti dia berkahwin? Lepas tiga minggu mula bosan dengan 'partner'. Lepas tu apa? Kalau 'roomate' setiap sem akan ditukar. Kalau 'partner'? Akan bercerai? Dan berkahwin semula? ah. Apa dikisahkan? Bukan itu trend sekarang?
0

Kenapa UniSZA Tembila??

Disebabkan aku rasa blog yang up pasal tembila ni kurang dan atas saranan classmate 😌😌 so aku cerita pengalaman aku (yang setahun jagung) ni untuk rujukan adik-adik (err) yang bakal masuk sini haha.

Bersyukurlah ni cerita latest versi 2017 okayy.

Blok asrama ada 3(buat masa ni satu lot tanah yang luas sedang dlm pembinaan)
-Blok A(lelaki)
-Blok B&C (perempuan)

Bangunan Fakulti ada 2
-Blok D (Fakulti Internet Komputeran something like that haha)
-Blok F (Fakulti Biosumber Dan Industri Makanan-My fakulti bebeh)

Buat masa sekarang ni fakulti farmasi sedang menumpang fakulti kami (dan merampas student center,ya hmm)

Blok E pejabat Kolej Kediaman. Ya silakan pelik sebab blok E sebenarnya diletak bawah Blok A iaitu blok kolej kediaman lelaki. Selain pejabat kolej, bawah blok A jugak terletaknya Pusat Kesihatan,dan tempat ambik barang pos)

Kafe sini ada 8 semuanya termasuk 1 kafe air.Sebelah siswi dan siswa. Dan juga mini koop.

Untuk meng'compare'kan fakulti adalah tindakan yang tidak adil lagi berhemah sebenarnya sebab FIK ada student diploma dan FBIM cuma student degree dan master je. Jadi janganlah hairan kalau first time kelas tu lalu fakulti macam lalu dekat hospital bahagian ICU. Sunyi sesunyi embun pagi (kaitan???)

Dan sebenarnya fasiliti di FIK pun sangatlah berganda gandanya dari FBIM. Jangan bagi aku mulakan 😠😠

Apalagi ya? Oh ya ada padang,dewan serbaguna(utk main badminton),outdoor gymn,surau,masjid dan..  dan... itu sahaja. Haha

Dekat sini tak sama macam Kampus Gong Badak, bas disini sangat2 diperlukan sebab fakulti jauh jenak. Bas disediakan setiap sejam. 7.30pg smpai 5.30 ptg. 

Kalau nak compare kampus antara UniSZA lagilah sia sia sebab mostly bangunan disini semuanya dalam pembinaan lagi. Oh ya, bangunan library dijangka siap masa aku grad nanti. 2019. Hampir 2020 tapi library masih bukan dalam bentuk terapung hemm.

Nanti aku cerita pasal course yang ade dekat sini pulak. Kalau rajin la. Haha

Ya ada dua tasik juga. Tasik kumbahan dan tasik Itik.huhu

Anda seorang instafemes.inginkan photoshoot yang menarik?

Ni organisasi yang aku sdg masuk sekarang.Agribiosis namenye.
Motif gambar ni nak tunjuk Auditorium tu je. Huhu
Student biotech sedang belajar di lapangan.jyeah

Hujan Panas

Derap kaki yang semakin laju menghasilkan irama senada mengisi ruang udara lorong sempit itu. Ajla berhenti di simpang jalan,kepalanya tertunduk melihat converse biru lusuh yang dipakainya. Ikatan yang terurai diperkemas agar tidak kotor dijamah air kotor sisa sisa dereten kedai makan di situ.

“Sori Chad.” Nafasnya turun naik mencari ritma yang sepadan. Pintu kaca ditolaknya kasar lantas mengeluarkan irama yang sudah lali menyapu telinganya. Itu tempat dia mencari sesuap nasi tatkala orang lain cuma masuk ke situ hanya untuk mencari minuman ringan atau membeli majalah merepek yang terpamer di rak.

“Ha,cepatlah punch card. Aku dah lambat nak jumpa awek aku.” Lelaki yang dipanggil Chad itu merengus.
Matanya melirik ke jam di skrin monitor. 6 am. Untuk punyai jam tangan sendiri dia tidak mampu, sudahnya dia terpaksa meneka-neka waktu. Nasib dia bekerja shift pagi, selepas azan subuh berkumandang Ajla terus bergegas ke mari. Solat? Dia tidak tau. Abangnya tak pernah ajar.

Harini dia terlelap. Malang sekali rumahnya agak jauh. Terpaksa mengambil 25 minit jika berjalan kaki. Cuma kedai ini yang menerimanya bekerja sejak dia habis PMR. Sejak Abangnya…

Ding Ding Ding Ding. Pintu kaca ditolak dan semerbak itu juga haruman dari minyak wangi menerbak masuk ke lubang hidung Ajla. Berdetuk detak bunyi terhasil apabila hujung tumit stiletto merah perempuan itu mencium lantai.

Ajla tidak sedar berapa lama dia memerhatikan perempuan itu sehinggalah dia sendiri tercatuk di kaunter berhadapan dengannya. Beberapa bungkus biskut rendah lemak, sebungkus tuala wanita dan satu cup slurpee bersaiz sederhana dilambakkan di atas kaunter. Ajla menekan nekan kekunci komputer disusuli beberapa siri nombor ditayangkan di skrin kurang dari sesaat selepas itu.

Perempuan itu sedang bercakap cakap di i-phone nya ketika Ajla ingin menyatakan jumlah bayaran. Dia tidak tahu telefon pintar itu siri ke berapa namun dia tidaklah begitu bodoh meneka berapa banyak wang dilaburkan untuk gajet dengan lambang epal separuh lompong itu. Walaupun Ajla tidak mempunyai telefon pintar, Chad selalu juga berbahas dengan rakan sekerja yang lain. Tentang bagaimana siri terbaru menjanjikan aplikasi yang lebih canggih dari model sebelumnya. Atau tentang betapa kolotnya orang-orang yang masih tidak tahu menggunakan telefon pintar. Dia tahu semua itu akan berakhir dengan ejekan dari rakan sekerja yang lain. Namun dia tidak peduli semua itu. Apa gunanya semua aplikasi sosial itu jika mereka berhempas pulas bekerja dan meninggalkan keluarga hanya untuk membeli sebiji mesin sebesar tapak tangan-untuk berinteraksi dengan keluarga. Bodoh.

Pandangannya terjatuh pula pada bahagian dada perempuan itu.Ada satu tompokan besar berwarna jingga pada bahagian itu. Ajla serba salah-hendak menegur perempuan itu tidak sudah sudah bercakap dengan telefonnya. Kalau dibiarkan pasti perempuan itu berasa malu dengan kesan tompokan itu. Kelakar, warna orennya menyerlah dengan bentuk seperti bulan sabit melengkung betul betul mengikut saiz dadanya. Ajla pantas mengambil tisu untuk ditekap pada kawasan tersebut.-Hanya untuk melihat dirinya sendiri dilempang oleh perempuan itu.

“DASAR PENGKID GILA! KAU NAK RABA AKU KE HAH?” bergema seluruh kedai itu dengan suara lantang perempuan tersebut. “MANA MANAGER KAU?!”

Perit berbahang kini kian terasa menjalar pada separuh mukanya. Ajla melekapkan tangannya di pipi sambil matanya melihat perempuan itu melilau ke sana ke mari mencari Cik Goh-Manager premis itu. “Manager tak…” belum sempat Ajla menghabiskan ayatnya,kedengaran pintu kaca ditolak dengan kasar.Pelakunya seperti dalam keadaan yang tergesa gesa.

“BIY… Look,this pengkid touch me” rengek perempuan itu menggesel geselkan bahagian atas badannya kearah tangan kekar milik lelaki tulennya itu. Ajla berdecit melihatkan situasi tersebut. Tiba-tiba kolar seragam merahnya ditarik lelaki tersebut. Tidak cukup dengan itu,satu tumbukan singgah di pipi yang tadinya telah ditampar. Bertambah perit rasanya.
“Aku..paling pantang dengan spesies macam kau tahu! Takde agama!” suara lelaki itu lebih kuat sehingga orang yang lalu lalang diluar turut terjenguk jenguk.Cuma itu ajelah yang mereka mampu buat,melihat. Oh ya,ade juga yang merakam.

Ajla tidak mampu melawan sekaligus mempertahankan haknya. Dia terduduk di depan kaunter,membaiki kolar baju yang sudah tertetas jahitannya. Ketika itu baru dia tersedar kasut converse biru lusuh itu sudah tercabut dari kaki kanannya-tercampak betul betul di tepi kaki lelaki itu.
“Kau nak kasut ni?!! Ambik!!” ujar lelaki itu sambil mencampakkan kasut itu keluar dari pintu kaca yang terpelahang bukaan nya sedari kehadirannya tadi. Matanya membulat. Ajla bergegas berlari keluar apabila kasut itu telah pun menjejak jalan tar yang basah. Baru tersedar hujan telah turun sejak tadi,menghasilkan wap yang berbau seperti besi karat.

Pasangan itu telah pun berlalu keluar setelah memberikan Ajla pandangan yang sangat jijik dengan manusia sepertinya.
Ajla membersihkan sisa sisa batu tar yang melekat pada kasut itu dengan hujung seragamnya. Sudah 3 tahun berlalu sejak kasut itu bertukar hak milik.Ajla tidak tidak tahu kenapa dia dilayan sebegitu rupa. Sebab rambutnya berpotongan pendek seperti lelaki? Atau sebab dia miskin dan yatim piatu? Mungkin kedua duanya,dia tidak perrnah tahu. Tiada siapa yang sudi memberitahunya. Tiada siapa lagi yang meberitahu apa dia tersilap atau memuji ketika dia betul. Tiada siapa selain Abang.

Tapi tiada siapa tahu betapa Ajla hilang punca setelah kehilangan Abang. Jika rambutnya makin panjang,dia tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan potongan yang sesuai. Mujur saja si pemotong rambut itu kenalan Abang. Dia cuma perlu meminta, “Macam abang.”

Ah.Abang. Dah 3 tahun itu juga dia dah pergi. Belum pun Ajla sempat duduki PMR Abang kemalangan di tempat kerja. Terjatuh dari tingkat lapan bangunan pejabat yang hampir siap. Ketika remaja sebaya Ajla sanggup membunuh diri kerana keputusan SPM yang teruk, Ajla telah pun bekerja. Ketika mereka pening kepala memilih haluan matrik atau diploma, Ajla masih bekerja di tempat yang sama.Satu sen pun tidak disimpan oleh abangnya-melainkan kasut buruk saiz lelaki dewasa itu.

Dia tak faham dengan manusia di sekilingnya.Mahu jadi baik-tapi dengan menyumpah seranah perkara yang buruk.Mahu masuk syurga tapi masih buat dosa.Ajla tahu mereka semua sama sahaja sepertinya-hilang arah.

Hujan yang tadi renyai mulai lebat. Terkocoh kocoh Ajla berlari ke depan kedai. Dia tidak berani masuk dengan pakaiannya yang basah-sebaliknya duduk di bahagian yang tinggi sedikit dari lantai,bersandar pada pintu kaca. Ajla tersedar yang hari cerah walaupun hujan agak lebat. Matahari tetap bersinar di ufuk sana. “Hujan panas-taktau nak bagi panas ke.. sejuk.”Ajla bercakap sendiri.

5

Basikal Tua

Pandangannya dilempar rawak,
Arca disisi tersemat kukuh,
Dalam genggaman,
Cuma itu yang tinggal,
Terbenam bersama memori setua usianya,

Tompok-tompok merah mula mewarnai dada langit,
Deruan enjin-enjin moden memenuhi angkasaraya,
Dia mahu pulang,
Pulang ke masa dia mendabik dada,
Tika dia punyai arca itu,

Kayuhannya semakin perlahan,
Kini cuma tinggal dia, dan basikal tua,
Hanyut bersama memori lama.
Back to Top