Hujan Panas

Derap kaki yang semakin laju menghasilkan irama senada mengisi ruang udara lorong sempit itu. Ajla berhenti di simpang jalan,kepalanya tertunduk melihat converse biru lusuh yang dipakainya. Ikatan yang terurai diperkemas agar tidak kotor dijamah air kotor sisa sisa dereten kedai makan di situ.

“Sori Chad.” Nafasnya turun naik mencari ritma yang sepadan. Pintu kaca ditolaknya kasar lantas mengeluarkan irama yang sudah lali menyapu telinganya. Itu tempat dia mencari sesuap nasi tatkala orang lain cuma masuk ke situ hanya untuk mencari minuman ringan atau membeli majalah merepek yang terpamer di rak.

“Ha,cepatlah punch card. Aku dah lambat nak jumpa awek aku.” Lelaki yang dipanggil Chad itu merengus.
Matanya melirik ke jam di skrin monitor. 6 am. Untuk punyai jam tangan sendiri dia tidak mampu, sudahnya dia terpaksa meneka-neka waktu. Nasib dia bekerja shift pagi, selepas azan subuh berkumandang Ajla terus bergegas ke mari. Solat? Dia tidak tau. Abangnya tak pernah ajar.

Harini dia terlelap. Malang sekali rumahnya agak jauh. Terpaksa mengambil 25 minit jika berjalan kaki. Cuma kedai ini yang menerimanya bekerja sejak dia habis PMR. Sejak Abangnya…

Ding Ding Ding Ding. Pintu kaca ditolak dan semerbak itu juga haruman dari minyak wangi menerbak masuk ke lubang hidung Ajla. Berdetuk detak bunyi terhasil apabila hujung tumit stiletto merah perempuan itu mencium lantai.

Ajla tidak sedar berapa lama dia memerhatikan perempuan itu sehinggalah dia sendiri tercatuk di kaunter berhadapan dengannya. Beberapa bungkus biskut rendah lemak, sebungkus tuala wanita dan satu cup slurpee bersaiz sederhana dilambakkan di atas kaunter. Ajla menekan nekan kekunci komputer disusuli beberapa siri nombor ditayangkan di skrin kurang dari sesaat selepas itu.

Perempuan itu sedang bercakap cakap di i-phone nya ketika Ajla ingin menyatakan jumlah bayaran. Dia tidak tahu telefon pintar itu siri ke berapa namun dia tidaklah begitu bodoh meneka berapa banyak wang dilaburkan untuk gajet dengan lambang epal separuh lompong itu. Walaupun Ajla tidak mempunyai telefon pintar, Chad selalu juga berbahas dengan rakan sekerja yang lain. Tentang bagaimana siri terbaru menjanjikan aplikasi yang lebih canggih dari model sebelumnya. Atau tentang betapa kolotnya orang-orang yang masih tidak tahu menggunakan telefon pintar. Dia tahu semua itu akan berakhir dengan ejekan dari rakan sekerja yang lain. Namun dia tidak peduli semua itu. Apa gunanya semua aplikasi sosial itu jika mereka berhempas pulas bekerja dan meninggalkan keluarga hanya untuk membeli sebiji mesin sebesar tapak tangan-untuk berinteraksi dengan keluarga. Bodoh.

Pandangannya terjatuh pula pada bahagian dada perempuan itu.Ada satu tompokan besar berwarna jingga pada bahagian itu. Ajla serba salah-hendak menegur perempuan itu tidak sudah sudah bercakap dengan telefonnya. Kalau dibiarkan pasti perempuan itu berasa malu dengan kesan tompokan itu. Kelakar, warna orennya menyerlah dengan bentuk seperti bulan sabit melengkung betul betul mengikut saiz dadanya. Ajla pantas mengambil tisu untuk ditekap pada kawasan tersebut.-Hanya untuk melihat dirinya sendiri dilempang oleh perempuan itu.

“DASAR PENGKID GILA! KAU NAK RABA AKU KE HAH?” bergema seluruh kedai itu dengan suara lantang perempuan tersebut. “MANA MANAGER KAU?!”

Perit berbahang kini kian terasa menjalar pada separuh mukanya. Ajla melekapkan tangannya di pipi sambil matanya melihat perempuan itu melilau ke sana ke mari mencari Cik Goh-Manager premis itu. “Manager tak…” belum sempat Ajla menghabiskan ayatnya,kedengaran pintu kaca ditolak dengan kasar.Pelakunya seperti dalam keadaan yang tergesa gesa.

“BIY… Look,this pengkid touch me” rengek perempuan itu menggesel geselkan bahagian atas badannya kearah tangan kekar milik lelaki tulennya itu. Ajla berdecit melihatkan situasi tersebut. Tiba-tiba kolar seragam merahnya ditarik lelaki tersebut. Tidak cukup dengan itu,satu tumbukan singgah di pipi yang tadinya telah ditampar. Bertambah perit rasanya.
“Aku..paling pantang dengan spesies macam kau tahu! Takde agama!” suara lelaki itu lebih kuat sehingga orang yang lalu lalang diluar turut terjenguk jenguk.Cuma itu ajelah yang mereka mampu buat,melihat. Oh ya,ade juga yang merakam.

Ajla tidak mampu melawan sekaligus mempertahankan haknya. Dia terduduk di depan kaunter,membaiki kolar baju yang sudah tertetas jahitannya. Ketika itu baru dia tersedar kasut converse biru lusuh itu sudah tercabut dari kaki kanannya-tercampak betul betul di tepi kaki lelaki itu.
“Kau nak kasut ni?!! Ambik!!” ujar lelaki itu sambil mencampakkan kasut itu keluar dari pintu kaca yang terpelahang bukaan nya sedari kehadirannya tadi. Matanya membulat. Ajla bergegas berlari keluar apabila kasut itu telah pun menjejak jalan tar yang basah. Baru tersedar hujan telah turun sejak tadi,menghasilkan wap yang berbau seperti besi karat.

Pasangan itu telah pun berlalu keluar setelah memberikan Ajla pandangan yang sangat jijik dengan manusia sepertinya.
Ajla membersihkan sisa sisa batu tar yang melekat pada kasut itu dengan hujung seragamnya. Sudah 3 tahun berlalu sejak kasut itu bertukar hak milik.Ajla tidak tidak tahu kenapa dia dilayan sebegitu rupa. Sebab rambutnya berpotongan pendek seperti lelaki? Atau sebab dia miskin dan yatim piatu? Mungkin kedua duanya,dia tidak perrnah tahu. Tiada siapa yang sudi memberitahunya. Tiada siapa lagi yang meberitahu apa dia tersilap atau memuji ketika dia betul. Tiada siapa selain Abang.

Tapi tiada siapa tahu betapa Ajla hilang punca setelah kehilangan Abang. Jika rambutnya makin panjang,dia tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan potongan yang sesuai. Mujur saja si pemotong rambut itu kenalan Abang. Dia cuma perlu meminta, “Macam abang.”

Ah.Abang. Dah 3 tahun itu juga dia dah pergi. Belum pun Ajla sempat duduki PMR Abang kemalangan di tempat kerja. Terjatuh dari tingkat lapan bangunan pejabat yang hampir siap. Ketika remaja sebaya Ajla sanggup membunuh diri kerana keputusan SPM yang teruk, Ajla telah pun bekerja. Ketika mereka pening kepala memilih haluan matrik atau diploma, Ajla masih bekerja di tempat yang sama.Satu sen pun tidak disimpan oleh abangnya-melainkan kasut buruk saiz lelaki dewasa itu.

Dia tak faham dengan manusia di sekilingnya.Mahu jadi baik-tapi dengan menyumpah seranah perkara yang buruk.Mahu masuk syurga tapi masih buat dosa.Ajla tahu mereka semua sama sahaja sepertinya-hilang arah.

Hujan yang tadi renyai mulai lebat. Terkocoh kocoh Ajla berlari ke depan kedai. Dia tidak berani masuk dengan pakaiannya yang basah-sebaliknya duduk di bahagian yang tinggi sedikit dari lantai,bersandar pada pintu kaca. Ajla tersedar yang hari cerah walaupun hujan agak lebat. Matahari tetap bersinar di ufuk sana. “Hujan panas-taktau nak bagi panas ke.. sejuk.”Ajla bercakap sendiri.

5

Basikal Tua

Pandangannya dilempar rawak,
Arca disisi tersemat kukuh,
Dalam genggaman,
Cuma itu yang tinggal,
Terbenam bersama memori setua usianya,

Tompok-tompok merah mula mewarnai dada langit,
Deruan enjin-enjin moden memenuhi angkasaraya,
Dia mahu pulang,
Pulang ke masa dia mendabik dada,
Tika dia punyai arca itu,

Kayuhannya semakin perlahan,
Kini cuma tinggal dia, dan basikal tua,
Hanyut bersama memori lama.
Back to Top