0

SBP's Life

halaman ni diwujudkan untuk memberi ilmu alam semesta.hewhew.sila pandang siling masing masing.




  1. aku nak cerita sedikit sebanyak yang aku tahu pasal sbp.just in case ada yang dalam dilema mana nak teruskan sekolah di tepi rumah.ataupun menyahut seruan ibu bapa untuk mengaji di sbp.

puas aku cari sekolah aku.tu instar.jangan kau harap sekolah ni melahirkan taik bintang.
kalau kau rasa kau nak masuk sbp supaya kau boleh pakai baju sekolah gaya jepun.aku syorkan kau koyak siap-siap kertas tawaran sbp tersebut.apa?kau dapat tawaran online?cis.

aku tak galakkan kau masuk sbp masa tingkatan satu.sebab?pertama,buli.kedua,buli,ketiga,kau akan berak merata yang akan menyebabkan akak abang kau ni kene marah dengan warden sebab tak jaga toilet aras dengan baik.yang akan mendorong kepada sebab pertama dan kedua tadi.hewhew.

kalau kau nak masuk.masuk lah form 4.kurang neraka sebab dua tahun je kau duduk situ.lepas tu keluar cepat cepat.haha.

bergantung kepada sekolah.setiap sekolah berbeza layanannya.sekolah aku budak budaknya pemalu sikit.haram nak tegur budak second intake macam aku ni.oh ya.bergantung juga pada personaliti kau.kau selamat kalau kau cantik atau merupakan atlet harapan bangsa dan negara.apa jadi kalau kau cantik dan kau atlet?sila suruh mana mana pengarah buatkan satu drama melayu swasta untuk kau.

well sekarang kita berganjak ke pros dan contras duduk di sbp.aku kasi pros dulu supaya kau ada perasaan nak masuk syurga sikit.haha.

pros:
  • kau boleh bertanding mana mana sukan yang kau nak terus di peringkat negeri atau kebangsaan.yang ni.sekolah biasa takkan dapat punya.sukan sbp dahlah banyak.dari memanah sampailah sukan layar.kalau kau gilang gemilang.banyak tuah akan masuk sukan inter SBP.macam international lah.tapi semua sekolah sbp.masa ni kau akan nampak semua budak ambik gambar kat bas masing masing.motif?masuk sbp dulu.haha
  • kau akan alami rumah sukan yang sangat gempak.sbp sangat menyanjung tinggi rumah sukan.siap ade merit dimerit lagi.lagu sorak dan sebagainya.hias board.sukan sekolah setiap tahun yang gempak habis.bukan rumah sukan sekolah biasa yang bosan panas rasa nak baling cikgu disiplin.design baju rumah sendiri.dan sebagainya.
  • malam dinner!!jangan tanya berapa banyak sebab dinner sbp sangat banyak pada setiap tahun .dinner rumah,dinner hari guru,hari raya,hari merdeka,hari itu hari ini.dan kau akan diberi peluang untuk mengelolakan dinner tersebut.masa ni penting semangat batch dan kau akan berlatih cara kepimpinan.kalau sekolah kau kaya dan ayahanda atau bonda (pengetua) kau baik,kau akan dapat dinner di hotel.wow bukan?tema kau fikirkan secara mesyuarat batch dan kau berpeluang pakai dress lawa lawa dan kot ala perancis.mungkin peluang cerah untuk jadi prince or princess of the night.
  • kawan.ya.kau ada kawan.setiap siang dan malam.bercerita dan terus bercerita.boleh buat study group sama sama.kat sekolah biasa memang haram lah nak keluar buat kerja sekolah sama-sama kan.nak kena tunggu esok pagi baru salin homework tak siap masa perhimpunan.kan?dekat sini.kau ada prep malam.so gunakanlah prep tersebut sebaik baiknya.jangan duk dating je keje.
  • senior year yang sangat mewah.kalau kau tengok negara barat atau asia atas.(jepun/korea).kau tahulah lah macam mana senior di sini disanjung.di sini,seniors are always right.tudiah.syurga dunia. 
contras:
  • duit flows like a river.baju bajan melambak lambak nak kena beli.belum kira modul sekolah sbp sana sbp sini.fuhh.menangis lah kau.aku belanja >>rm100 sebulan.tertungging.
  • kelas subuh dan malam berjam-jam lamanya.duduk lab sampai kematu bontot.sekarang tanya aku kenapa aku selalu mengumpat cikgu.
  • cikgu pakar-pakar.sampai tak kesampaian dek kecetekan otak kau.masa ni kau kena buai laju laju.sebelum masuk kelas make sure study sikit sikit.lepas tu boleh bom soklan dekat cikgu.booyah!
  • manyak main.kau ingat duduk sini senang senang buat study group?prep malam tu..habis salin kerja sekolah dari kawan yang lagi pandai.apa kau buat?main lah.daun terup lah chess lah.mengorat lah.
  • home sick.of coarse.balik sebulan sekali beb.senior year nanti nak dekat spm 4 bulan tak balik.menangis lah kau.kalau yang mak pak dekat tu bulih lah datang melawat kan.
dah lah.sampai sini jelah.penat den menulis.nanti nanti aku sambung.dekat sini jugak.kalau ada soklan tanyalah.nanti dapat free gift lobster.lulz.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kali ni aku nak share pengalaman hari first dan barang yang takde dalam surat tapi kena bawak.(ini menurut sbp aku ye.peraturan(adat) mungkin berbeza mengikut kawasan ^_^)

sebab aku 2nd intake,so aku takde minggu orientasi ye.tapi menurut budak 1st intake.biasa-biasa je.kena hafal lagu sekolah lah and so on.

tudung hitam wajib beli extra ye.sebab kemana-mana pun kau kena pakai tudung hitam sekolah tu.surau,DeMa,prep petang n malam sbb prep dekat kelas.buku tak payah bawak lebih-lebih sebab mostly pakai module sendiri.kat sini takde org pakai buku log kulit tebal tu.haha.bawak quran terjemahan tu.sebab hari-hari kena baca dekat assembly.novel pun boleh bawak.tak kena rampas punya.kecuali novel alaf 21 ye,yang jenis suami ku itu suami ku ini.

kasut prep.jenis tutup tu.tak kisahlah kaler ape.warna ape.untuk pakai masa prep.dress dan tudung bawal/shawl boleh bawak bila ada event/dinner penting.alah korang bawak jelah apa-apa pun,warden tak check punya.kecuali phone.hahaha.yang tu bawak 3310 je.boleh sorok bawah almari :P.(nak tanya tempat tersorok paling afdal,tanyalah aku.pakar ni.tak pernah kantoi.lulz)

tudung toilet.yakni tudung sarung.tudung ape-ape pun boleh sebenarnya.jangan pakai shawl nak ke toilet sudah.lol.

hari first kenalah beramah mesra sikit dengan senior yedak.(budak sama form yang dah lama pun senior).dekat sini,senior sangat berkuasa gitu.so,ape-ape yang diorang buat janganlah ambik hati sebab bila korang jadi senior nanti korang akan buat mende yang sama gak.believe me.i was a senior *grammatical error :P

kalau korang 2nd intake jugak.rajin-rajinlah tanya jadual asrama.contohnya makan pukul berapa,prep pukul berapa,pergi surau paling lambat pukul berapa.jangan tanya basuh baju pukul berapa pulak ye.itu tiap hari minggu boleh buat.oh ye,sini roll call hari ahad sahaja.masa tu setiap dorm ada duty masing-masing.makesure buat kerja ye.hehe.

pasal hal mistik-mistik ni jangan risau.semua sekolah ada satu.mungkin dua.haa.semangat kena kuat.tak nak stress-stress..lagi time exam.mende tu suka lah kacau.watlek watpis orang kata.

aku ni nak bagitau banyak-banyak pun dah tak ingat mana.cuma nak nasihat jgn lah jadi macam aku.introvert yang susah nak adapt dgn environtment baru.aku tak tak pernah tahu hidup di asrama camne ,tak pula bertanya pada orang.itu masalahnya.sudahnya,hari kedua dah start menangis sebab tak tau jadual.agak messy dan berserabut kejar masa.so,pengajarannya ringan-ringankan mulut.selamat menjalani hidup baru! ^_^
Back to Top